NEW YORK: Presiden Iran, Ebrahim Raisi menarik diri daripada temu bual yang telah lama dirancang dengan wartawan senior CNN, Christiane Amanpour, selepas wanita itu menolak permintaan pada saat akhir yang meminta dirinya mengenakan tudung.
Kira-kira 40 minit sebelum temu bual dijadualkan bermula, seorang pembantu memberitahu Amanpour bahawa presiden memintanya supaya memakai tudung kepala, dan permintaan itu telah 'ditolak dengan baik'.
Amanpour, yang merupakan Ketua Wartawan Antarabangsa agensi berita itu, dibesarkan di Tehran dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Parsi dengan fasih. Amanpour memberitahu, dia memakai tudung kepala semasa bertugas di Iran untuk mematuhi undang-undang dan adat tempatan.
"Jika tidak, anda tidak boleh melakukan tugas sebagai wartawan. Tetapi menutup kepala untuk menjalankan temu bual dengan seorang pegawai Iran, di luar Iran, bukan satu yang perlu dipatuhi.
“Di New York, atau di mana-mana di luar Iran, saya tidak pernah diminta oleh mana-mana presiden Iran untuk memakai tudung kepala... dan saya telah menemu bual setiap seorang daripada mereka sejak 1995,” katanya dalam program New Day CNN pada Khamis.
Raisi berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Undang-undang Iran mewajibkan semua wanita memakai tudung kepala dan pakaian longgar di khalayak ramai. Peraturan itu telah dikuatkuasakan di Iran sejak Revolusi Islam 1979, dan ia wajib bagi setiap wanita di negara itu termasuk pelancong atau pelawat.
Protes antikerajaan meletus di seluruh Iran minggu lalu berhubung kematian wanita berusia 22 tahun, Mahsa Amini, semasa dalam tahanan, selepas ditahan polis Iran atas tuduhan melanggar undang-undang kerana tidak mengenakan tudung kepala.
Agensi
Fri Sep 23 2022
Ebrahim Raisi (kanan) menarik diri daripada temu bual yang telah lama dirancang dengan wartawan CNN, Christiane Amanpour. - Reuters
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Duta Malaysia seru konservasi berteraskan komuniti di Forum Datuk Bandar Asia di Iran
Mengambil contoh Cameron Highlands sebagai model unggul, beliau berkata penglibatan komuniti telah membawa kepada kejayaan konservasi.
Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan kritikal pada Ahad.
Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
Iran nafi dakwaan rancang bunuh Trump
Iran menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia telah merancang untuk membunuh Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikutan tuduhan oleh Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM).
Iran akan lancar dua satelit buatan tempatan ke angkasa
Satelit-satelit yang baru-baru ini diperkenalkan itu dijadualkan dilancarkan ke angkasa pada awal pagi Selasa.