DUNIA
Wartawan Iran menangis di PBB, gesa dunia bertindak lebih tegas
Wartawan dan aktivis politik Iran, Masih Alinejad, dilaporkan tidak dapat menahan sebak ketika berucap pada sesi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis. - Gambar Reuters
NEW YORK: Wartawan dan aktivis politik Iran, Masih Alinejad dilaporkan tidak dapat menahan sebak ketika berucap pada sesi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, ketika beliau membacakan nama individu yang didakwanya terbunuh dalam siri protes di Iran.
Dalam ucapan penuh emosi itu, Alinejad menceritakan mengenai kematian Siavash Shirzad, 38, dan Negin Ghadimi, 28, yang menurutnya ditembak oleh anggota Pengawal Revolusi Iran.
"Siavash Shirzad, keluarganya merayu supaya beliau tidak turun ke jalan demi keselamatannya. Dia berkata kepada keluarganya, ‘Saya pergi ke jalan untuk meraikan kemenangan revolusi kita kerana Presiden Trump berjanji untuk menyelamatkan nyawa kami.’ Dia dibunuh oleh anggota Pengawal Revolusi yang sama.
"Negin Ghadimi, 28 tahun. Dia meninggal dunia dalam dakapan bapa selepas ditembak oleh seorang anggota Pengawal Revolusi. Ini… (tersekat sambil menangis). Saya berasa bersalah kerana tidak menyebut nama-nama yang lain. Senarai nama itu terus panjang. Mereka tahu mereka akan berdepan senjata dan peluru, tetapi mereka mahukan keadilan," katanya.
Tambah Alinejad, rakyat Iran meminta dunia membantu melalui tindakan, bukan melalui mesyuarat berulang atau kecaman kosong, kerana mereka tidak memerlukan kata‑kata tanpa makna.
Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau telah diberitahu bahawa pembunuhan penunjuk perasaan dalam tindakan keras kerajaan Iran terhadap bantahan besar-besaran 'telah dihentikan'.
AS turut menasihati warganya meninggalkan Iran segera, termasuk melalui jalan darat ke Turkiye atau Armenia.
Tehran pula memberi amaran akan membalas jika AS campur tangan dalam protes berkenaan.
Sementara itu, ratusan warga Iran melintasi sempadan ke Turkiye ketika pihak berkuasa negara itu mengambil tindakan tegas terhadap gelombang protes terbesar menentang pemerintahan ulama.