awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Washington dilanda ribut salji dahsyat

AFP
AFP
23/01/2016
15:11 MYT
Washington dilanda ribut salji dahsyat
Amaran ribut salji kini berkuat kuasa bagi wilayah timur AS dari Washington sehingga ke New York, sementara pasukan pembajak salji bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja yang sewajarnya. - Foto AFP
Ribut salji terburuk dengan membawa suhu amat sejuk yang melanda timur Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu dijangka menyebabkan jutaan penduduk yang berada dalam laluan pergerakan cuaca ekstrem itu terpaksa mencari perlindungan.
Agensi kaji cuaca tempatan melaporkan, ribut salji tersebut belum lagi sampai ke kemuncaknya.
Media AS melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang maut akibat komplikasi berkaitan cuaca ekstrem tersebut yang dijangka berlanjutan sehingga Ahad.
Keadaan luar biasa itu menyebabkan orang ramai menggelarkan musim salji kali ini sebagai 'Snowzilla', berikutan besarnya impak yang datang bersamanya.
Ramalan kaji cuaca menjangkakan ribut tersebut boleh menyebabkan timbunan salji setebal dua kaki atau 61 sentimeter di Washington dan kawasan di sekitarnya, lantas memaksa penduduk untuk berlindung di dalam rumah.
Amaran ribut salji kini berkuat kuasa bagi wilayah timur AS dari Washington sehingga ke New York, sementara pasukan pembajak salji bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja yang sewajarnya.
Ribut berkenaan diramal menjejaskan kira-kira 85 juta warga AS iaitu lebih kurang satu per empat daripada populasi negara itu.
Sebelum ia berakhir, kos kerugian akibat kemusnahan dianggarkan mencecah AS$1 bilion.
Topic Berkaitan
#cuaca ekstrem
#maut
#ribut salji
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan