awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Washington mungkin hantar pegawainya untuk siri lawatan ke China

Bernama
Bernama
18/05/2023
12:39 MYT
Washington mungkin hantar pegawainya untuk siri lawatan ke China
Lawatan itu tidak mungkin dilakukan dalam tempoh beberapa minggu akan datang kerana pentadbiran Biden kini sedang menangani isu siling hutang. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Pentadbiran Presiden Joe Biden mempertimbangkan kemungkinan menganjurkan beberapa siri lawatan pegawai atasan Amerika Syarikat ke China dalam tempoh beberapa bulan akan datang dalam usaha menyambung semula interaksi dengan Beijing, lapor Sputnik.
CNN melaporkan bahawa senarai pegawai yang mungkin melawat China termasuk Setiausaha Negara AS Antony Blinken, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen, Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo dan Utusan Iklim John Kerry, sambil menambah bahawa keutamaan dalam lawatan itu masih belum diketahui.
Pada masa yang sama, lawatan itu tidak mungkin dilakukan dalam tempoh beberapa minggu akan datang kerana pentadbiran Biden kini sedang menangani isu siling hutang dan dijadual menghadiri mesyuarat dengan pemimpin lain di luar sidang kemuncak G7 di Hiroshima.
Lawatan berpotensi itu dijangka meredakan ketegangan antara kedua-dua negara yang disebabkan peristiwa pada Februari, apabila Blinken membatalkan lawatannya ke Beijing selepas Pentagon mengesan belon China di ruang udaranya.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#AS
#China
#Joe Biden
#lawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan