DUNIA
Washington terus bantu pembangkang

Perletakan jawatan pemimpin pembangkang Syria, Muaz Al-Khatib perkara biasa dan tidak akan menjejaskan usaha Washington membantu kumpulan pemberontak.
Menurut jabatan negara Amerika Syarikat, rakyat negara itu perlu bersatu untuk mewujudkan pentadbiran baru.
Jurucakapnya, Patrick Ventral menjelaskan Amerika Syarikat akan memastikan pembangkang Syria terus dibantu.
Tambahnya, Washington yakin Bashar akan disingkirkan tidak lama lagi.
Al-Khatib meletak jawatan melalui kenyataan di laman Facebook.
Beliau menyifatkan tindakan berkenaan dibuat kerana kecewa dengan masyarakat antarabangsa yang gagal mencari jalan keluar mennyelesaikan konflik.
Keputusannya antara lain dilihat melemahkan usaha kumpulan berfahaman sederhana untuk menjatuhkan Bashar.
Al-Khatib merupakan pemimpin yang menentang kebangkitan kumpulan Jihad yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami