awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wawancara Oprah: Keluarga diraja Britain zahir rasa sedih

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2021
21:06 MYT
Wawancara Oprah: Keluarga diraja Britain zahir rasa sedih
Keluarga diraja Britain memandang serius isu yang dibangkitkan Putera Harry dan Meghan dan ia akan ditangani secara tertutup dalam keluarga diraja. - REUTERS
ISTANA Buckingham mengeluarkan kenyataan bagi pihak Ratu Elizabeth II susulan temu bual Putera Harry dan Meghan bersama Oprah Winfrey.
Kenyataan tersebut menyebut bahawa keluarga diraja itu menzahirkan rasa sedih dengan situasi dihadapi Putera Harry dan Meghan.
"Seluruh keluarga menzahirkan rasa sedih setelah mengetahui secara terperinci cabaran yang dialami Putera Harry dan Meghan dalam beberapa tahun lalu.
"Keluarga diraja memandang serius isu yang dibangkitkan Putera Harry dan Meghan dan ia akan ditangani secara tertutup dalam keluarga diraja," katanya.

Kenyataan dikeluarkan 24 jam selepas temu buat eksklusif itu disiarkan di UK.

Kenyataan dikeluarkan 24 jam selepas temu buat eksklusif itu disiarkan di UK.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Putera Harry, Meghan dan Archie ialah anggota keluarga yang tetap disayangi.
Kenyataan dikeluarkan kurang 24 jam selepas temu bual itu disiarkan di United Kingdom dan disiarkan buat pertama kalinya di Amerika Syarikat pada Ahad.
Dalam temu bual yang disiarkan menerusi saluran CBS itu, Meghan mendedahkan beliau pernah berniat membunuh diri ekoran tidak sanggup lagi berdepan diskriminasi dan sifat perkauman terlampau dalam sistem monarki keluarga diraja Britain.
BACA: Wawancara Oprah: Diskriminasi terlampau, Meghan pernah terfikir untuk bunuh diri
BACA: Kahwin rahsia dan hampir bunuh diri, berikut 10 pendedahan sensasi Meghan dan Putera Harry kepada Oprah
BACA: Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi
BACA: Wawancara Oprah: Markle dedah Kate Middleton buat air matanya tumpah sebelum majlis perkahwinan
Beliau turut memberitahu, hak anak lelakinya, Archie sebagai putera bagi kerabat diraja itu turut dinafikan kerana dikandung oleh seorang wanita yang mempunyai darah campuran keluarga kulit hitam.
Sementara itu, Putera Harry bercakap mengenai kekecewaannya terhadap bapanya Putera Charles.
Temu ramah eksklusif itu catat jumlah penonton tertinggi sejak siaran Anugerah Oscar pada Februari 2020.
BACA: Wawancara Oprah: Temu ramah eksklusif Putera Harry, Meghan catat jumlah penonton tertinggi
Temuramah itu juga secara tidak langsung mengheret keluarga diraja dalam krisis terbesar sejak insiden kematian Puteri Diana pada tahun 1997.
Topic Berkaitan
#oprah
#Istana Buckingham
#Ratu Elizabeth
#Putera Harry
#Meghan Markle
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan