awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi

Agensi
Agensi
08/03/2021
06:08 MYT
Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi
Pendedahan itu dibuat kepada pengacara Oprah Winfrey pada Ahad. - Foto REUTERS
NEW YORK: Isteri kepada Putera Harry dari kerabat diraja Britain, Meghan Markle terus membuat pengakuan mengejutkan apabila memaklumkan mereka telah berkahwin secara rahsia tiga hari sebelum upacara perkahwinan rasmi.
Pendedahan itu dibuat kepada pengacara Oprah Winfrey pada Ahad.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, dalam upacara itu kata Markle, mereka telah bertukar lafaz perkahwinan secara tertutup di hadapan Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby menjelang majlis rasmi besar-besaran pada 19 Mei 2018.
Putera Harry pada Januari tahun lalu meninggalkan United Kingdom (UK) untuk bersama Meghan dan anak mereka, Archie di Kanada, selaras keputusan pasangan itu untuk memulakan kehidupan baharu selepas keputusan mengejut berundur dari keluarga diraja Britain.
BACA: Wawancara Oprah: Markle dedah Kate Middleton buat air matanya tumpah sebelum majlis perkahwinan
Harry, 37, merupakan cucu kepada pemerintah Britain iaitu Ratu Elizabeth II manakala Meghan ialah seorang bekas pelakon televisyen.
Mereka yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 pernah mengumumkan sebelum ini tidak akan menjalankan tugas-tugas diraja pada Mac tahun lalu dan kini menetap di California, Amerika Syarikat.
Meghan juga pernah keguguran pada Julai tahun lalu dan mendedahkannya kepada akhbar New York Times pada November tahun lepas.
Namun demikian, pada bulan lalu, jurucakap Istana Buckingham mengesahkan pasangan diraja Britain itu akan menimang cahaya mata yang kedua.
Topic Berkaitan
#Putera Harry
#Meghan Markle
#Oprah Winfrey
#perkahwinan
#wawancara eksklusif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan