KUALA LUMPUR : Satu-satunya cara untuk mengatasi pandemik COVID-19 adalah dengan memperkukuhkan kerjasama antara negara, kata Presiden China, Xi Jinping.
Pandangan itu disuarakan Jinping dalam ucapan khasnya bersempena Agenda Davos, Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022, hari ini.
Beliau antara lain turut menyeru agar pengagihan vaksin COVID-19 diberikan secara sama rata, selain menggesa pemberian suntikan vaksinasi dipercepatkan di peringkat global.
"Kita perlu memupuk peluang baharu di tengah-tengah krisis ini. Buka ruang baharu dalam landskap berubah-ubah ini dan tarik diri kita untuk mengharungi kesukaran dan cabaran.
"Pertama sekali, kita perlu menyemai kerjasama dalam membanteras wabak ini. Berdepan dengan pandemik yang akan memberi kesan kepada masa depan manusia," katanya.
Ujarnya, kerjasama antara negara akan membuka ruang untuk melakukan lebih banyak kajian saintifik, pembangunan ubat-ubatan dan membina mekanisme pertahanan dalam menentang COVID-19, selain membentuk komuniti kesihatan antarabangsa.
"Dunia sekarang sedang mengalami perubahan besar dalam masa satu abad. Perubahan ini tidak terhad kepada waktu, peristiwa, negara atau wilayah tertentu.
"Bagaimana untuk membanteras wabak? Dan bagaimana untuk membina dunia pasca-COVID-19. Ini adalah isu-isu utama yang menjadi perhatian masyarakat dunia.
"Terdapat juga soalan penting yang penting yang mesti kita jawab. Bak kata pepatah Cina, momentum dunia sama ada berkembang atau merosot.
"Keadaan dunia sama ada maju atau mundur, dunia sentiasa berkembang melalui gerakan percanggahan. Tanpa percanggahan. Tiada apa-apa akan wujud," jelasnya.
Nickyson Nyambar
Mon Jan 17 2022

Jinping turut menyeru agar pengagihan vaksin COVID-19 diberikan secara sama rata, selain menggesa pemberian suntikan vaksinasi dipercepatkan di peringkat global. - Reuters

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum. Ia di sebalik larangan india mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Ini jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Buruh warga Indonesia maut ditetak rakan senegara
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Ellie, Azri bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pagi tadi, Azri melafazkan talak satu pada Ellie.

Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP
Larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara

Eriksen impi kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara
Eriksen mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark, Jun tahun lalu, ketika Euro 2020 menentang Finland.

Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif'
Ia bagi memastikan manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan sampai kepada golongan belia disasar, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Cadangan wujud Majlis Pemulihan Negeri masih relevan - Muhyiddin
Cadangan untuk wujudkan Majlis Pemulihan Negeri masih relevan kerana sesetengah isu bukan masalah nasional tetapi berkaitan negeri atau kawasan tempatan, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tidur satu jam sahaja..."- Selepas seminggu Mira Filzah kongsi nama anak
Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.

AWANI Ringkas: Titik panas risiko kebakaran dikenal pasti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.

Isu alam sekitar dominasi senarai 10 Risiko Global 2022 - WEF
Pandangan ini disuarakan hampir 1,000 pakar risiko & pemimpin global dalam industri perniagaan, kerajaan dan masyarakat sivil menerusi Laporan Risiko Global yang diterbitkan Forum Ekonomi Dunia 2022.