awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Iran tegaskan kesediaan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan serantau
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
19/01/2026
13:09 MYT
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Jemilah (kiri) berkata dialog berfakta dan literasi media penting bendung manipulasi maklumat dalam era digital. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dialog dalam suasana beradab serta berpandukan bukti menjadi kunci untuk menangani manipulasi maklumat.

Ringkasan AI
  • Dialog beradab dan berstruktur, berpandukan fakta serta bukti, penting untuk menangani manipulasi maklumat dalam era digital.
  • Literasi nyahkepalsuan maklumat perlu diperkukuh dalam kalangan pengamal media, disokong dasar tatakelola platform dan komunikasi krisis yang berkesan.
  • Pendekatan ini selari dengan tumpuan WEF 2026 yang mengangkat semangat dialog untuk memulihkan kepercayaan dan memacu kerjasama global.

Profesor dan Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata ini merupakan antara strategi untuk meningkatkan daya tahan maklumat dalam konteks digitalisasi semasa.
“Ruang untuk dialog ini mesti berstruktur. Selain media sosial, perlu ada format yang membolehkan sesuatu hujah diuji. Misalnya, dialog tertutup berpandukan fakta, meja bulat pelbagai pihak dan fasilitasi profesional. Melalui mekanisme ini dialog dihormati, perbezaan pandangan diurus dengan adab serta bukti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin, ketika ditemui di luar persidangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
Tambahnya, literasi menangani manipulasi maklumat juga perlu digiatkan dalam kalangan pengamal media, selain dasar yang berkesan untuk memastikan tatakelola platform media yang baik serta komunikasi krisis berkesan untuk mengelakkan berlakunya vakum maklumat.
“Bukan semua media faham mengenai cara untuk nyahkepalsuan maklumat. Oleh itu, mendidik pengamal media merupakan strategi untuk menghentikan manipulasi (maklumat) ini sebelum merebak,” ujarnya.
WEF berlangsung pada 19 hingga 23 Januari, dengan tema “A Spirit of Dialogue”, dengan matlamat memulihkan kepercayaan dan memacu kerjasama rentas kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil.
Lima tumpuan utama diberikan keutamaan dalam forum kali ini iaitu kerjasama dalam dunia yang semakin bersaing, mencari sumber pertumbuhan baharu, melabur dalam bakat manusia, mengembang skala inovasi secara bertanggungjawab, serta membina kemakmuran planet.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#WEF26
#Forum Ekonomi Dunia
#dialog
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan