GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi memberi amaran terhadap sikap ambil mudah dalam memerangi COVID-19, menggesa supaya penyelarasan tindakan dan komitmen politik dibuat bagi menyelamatkan nyawa serta mencegah kemerosotan ekonomi serta kesihatan akibat pandemik semasa.
"Pandemik (COVID-19) belum berakhir, namun sudah nampak pengakhirannya... Dapat melihat penghujungnya tidak bermakna kita berada di penghujung," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat akhbar pada Khamis, lapor Xinhua.
Beliau berkata pandemik itu masih menyebabkan 10,000 kematian setiap minggu, kebanyakannya boleh dicegah, manakala jurang vaksinasi yang besar berlaku, terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
"Ini bermakna semua orang perlu menggunakan, apabila perlu, alat mudah yang tersedia untuk kekal selamat, penjarakan sosial, pelitup muka serta pengudaraan. Ini bermakna semua orang memerlukan akses kepada alat perubatan untuk kekal selamat: vaksin, ujian dan rawatan," katanya.
Ketua WHO mengeluarkan amaran itu susulan laporan baharu Majlis Penggerak Kemudahan-ACT pada Khamis bahawa pandemik global belum berakhir dan belum masanya untuk berpuas hati dengan COVID-19.
Diasaskan bersama oleh WHO dan rakan kongsi, ACT ialah kerjasama global untuk mempercepat pembangunan, pengeluaran dan akses saksama kepada ujian, rawatan dan vaksin COVID-19.
Laporan itu merumuskan bahawa banyak negara masih jauh ketinggalan daripada mencapai sasaran global mengenai liputan vaksinasi, kadar ujian, dan akses kepada rawatan dan PPE. Walaupun ada kemajuan, ancaman global COVID-19 masih belum selesai, terutama dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi di negara berpendapatan rendah.
Menurut laporan itu, kadar vaksinasi COVID-19 di negara berpendapatan rendah hanya 19 peratus, berbanding hampir 75 peratus di negara berpendapatan tinggi; dan pelancaran rawatan baharu COVID-19 yang menyelamatkan nyawa termasuk antivirus oral di negara berpendapatan rendah dan sederhana rendah masih terhad atau tidak wujud.
Sebagai langkah jangka panjang, kumpulan kerja itu juga mengesyorkan supaya akses saksama disediakan bagi menangani COVID-19 selain persediaan bagi menyepadukan pengurusan virus dalam sistem kesihatan utama.
Jumlah orang yang membuat ujian juga menurun, selain kurang akses saksama kepada rawatan antivirus baharu untuk COVID-19, menurut laporan itu.
Oleh itu, diagnostik dan terapeutik, selain strategi ujian untuk merawat, merupakan komponen penting dalam tindakan pandemik, untuk COVID-19 serta ancaman kesihatan masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
TEDROS: Pandemik (COVID-19) belum berakhir, namun sudah nampak pengakhirannya... Dapat melihat penghujungnya tidak bermakna kita berada di penghujung. - Gambar fail/AP
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WHO hantar pakar ke Congo siasat wabak penyakit misteri
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pakar ke Republik Demokratik Congo untuk membantu pihak berkuasa kesihatan tempatan menyiasat wabak penyakit baharu yang membawa maut.
Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.
Waspada, kekal cakna ancaman mpox menjelang musim cuti akhir tahun - Pakar
Menjelang musim cuti akhir tahun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat kebimbangan kesihatan termasuk yang berkaitan penyakit Mpox.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global
Anggaran kes global pada 2023 mencecah 10.3 juta, dengan hampir 110,000 kematian direkodkan.
WHO bakal muktamadkan perjanjian pandemik global menjelang Mei
Amprou menekankan bahawa dengan komitmen politik yang kukuh daripada negara anggota, rundingan "sedang berjalan ke arah yang diharapkan".