awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Pendengaran permohonan komital terhadap Shafie Apdal, Mona Din ditetap 1 Disember

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2025
04:15 MYT
Kes Zara Qairina: Pendengaran permohonan komital terhadap Shafie Apdal, Mona Din ditetap 1 Disember
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan, kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding tersebut telah diberikan pada 23 Oktober lalu. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Pendengaran permohonan komital (penghinaan mahkamah) terhadap Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan aktivis, Mona Din, ditetapkan bermula 1 Disember ini di Mahkamah Sesyen Koroner Papar yang bersidang di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Ringkasan AI
  • Pendengaran permohonan komital terhadap Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan aktivis Mona Din akan bermula pada 1 Disember di Mahkamah Sesyen Koroner Papar, Kota Kinabalu.
  • Kedua responden dikehendaki menjawab pernyataan menurut Aturan 52 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 beserta afidavit sokongan dalam tempoh 14 hari.
  • Kes ini berkaitan dengan kenyataan yang dibuat oleh Mohd Shafie dan Mona Din berhubung inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan, kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding tersebut telah diberikan pada 23 Oktober lalu.
"Kertas-kertas kausa kes permohonan komital bagi penghinaan mahkamah telah diserahkan kepada Che Muna Din pada awal pagi 1 November lalu di kediaman beliau di Shah Alam dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada petang 3 November 2025 di Tawau.
"Kedua-dua responden dikehendaki menjawab pernyataan menurut Aturan 52 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 beserta afidavit sokongan dalam tempoh 14 hari," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, katanya, kes ditetapkan untuk pendengaran pada 1 Disember depan di Mahkamah Sesyen Koroner Papar.
Pada 23 Oktober lalu, Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pihak pendakwaan untuk memula prosiding hina mahkamah terhadap Mohd Shafie dan Mona atau nama sebenarnya Che Muna Din berkaitan kenyataan yang dibuat mereka berhubung inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
Mohd Shafie yang juga bekas Ketua Menteri dalam satu ucapan di Sandakan sebelum ini menyifatkan kematian remaja berusia 13 tahun itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.
Sementara itu, Mona Din didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap mahkamah di laman Facebook miliknya pada 4 September lalu berkaitan prosiding inkues kematian Zara Qairina.
Dalam hantaran tersebut, Mona dikatakan mempertikaikan keterangan saksi iaitu Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu yang merupakan saksi pertama inkues. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#Shafie Apdal
#Mona Din
#hina mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan