awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO beri amaran wabak kolera global semakin meruncing

Bernama
Bernama
30/08/2025
02:50 MYT
WHO beri amaran wabak kolera global semakin meruncing
Menurut WHO konflik, perpindahan besar-besaran, bencana alam dan perubahan iklim memburukkan lagi penularan penyakit itu. - Foto X/@AUC31
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengumumkan bahawa wabak kolera meningkat mendadak di 31 negara tahun ini dengan lebih 400,000 kes baharu direkodkan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
WHO dalam satu kenyataan berkata situasi kolera global terus merosot, didorong oleh konflik dan kemiskinan.
Menurut WHO konflik, perpindahan besar-besaran, bencana alam dan perubahan iklim memburukkan lagi penularan penyakit itu, khususnya di kawasan luar bandar dan wilayah dilanda banjir, yang berdepan infrastruktur daif serta akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan sehingga menyebabkan kelewatan rawatan.
WHO berkata pihaknya merekodkan kira-kira 409,222 kes dan 4,738 kematian di seluruh dunia dari awal tahun hingga 17 Ogos.
Walaupun jumlah kes menurun sebanyak 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kadar kematian meningkat sekitar 46 peratus. WHO turut menekankan risiko penularan dalam negara kekal amat tinggi memandangkan skala, tahap keseriusan dan sifat saling berkait antara wabak tersebut.
Kadar kematian di enam negara melebihi 1 peratus, sekali gus mendedahkan jurang serius dalam pengurusan kes serta kelewatan mendapatkan rawatan.
WHO turut mendedahkan bahawa kolera kembali dikesan di negara yang tidak melaporkan jumlah besar kes selama bertahun-tahun, termasuk Republik Congo dan Chad, yang mencatat kadar kematian tertinggi di dunia iaitu masing-masing 7.7 peratus dan 6.8 peratus.
Sudan kekal sebagai negara paling terjejas di dunia akibat kolera, dengan lebih 2,400 kematian direkodkan tahun ini di 17 daripada 18 negerinya.
Kolera kebiasaannya disertai cirit-birit akut akibat pengambilan air atau makanan yang tercemar bakteria Vibrio cholerae. Penyakit ini boleh dirawat dengan mudah, khususnya melalui rehidrasi pesakit, namun boleh menyebabkan kematian dalam beberapa jam jika tidak dirawat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#kolera
#perubahan iklim
#kadar kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan