awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

Bernama
Bernama
19/02/2025
21:00 MYT
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.- Gambar fail/AP
ISTANBUL: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengumumkan, kempen vaksinasi polio besar-besaran akan bermula di Gaza pada Sabtu ini, menyasarkan lebih 591,000 kanak-kanak berusia bawah 10 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini, 22 Februari, dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi hantaran di platform X.
Menurut beliau, kempen itu susulan pengesanan virus polio dalam sampel air sisa baru-baru ini, yang menunjukkan ia sedang beredar dalam persekitaran dan boleh mengancam kesihatan kanak-kanak.
"Kami mengalu-alukan gencatan senjata yang membolehkan kempen ini dijalankan. Kami terus menggesa gencatan senjata berkekalan yang membawa kepada keamanan jangka panjang," katanya, sambil menegaskan sokongan WHO, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan rakan kerjasama lain.
Polio merupakan penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kebanyakannya menjejaskan kanak-kanak bawah lima tahun.
WHO dan rakan kerjasamanya terus berusaha mencegah penularan penyakit itu menerusi program vaksinasi di kawasan konflik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#vaksinasi polio
#Gaza
#vaksinasi besar-besaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan