awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan

Fareez Azman
Fareez Azman
17/09/2020
23:53 MYT
WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Di peringkat global, 14 peratus kes positif COVID-19 melibatkan pekerja sektor kesihatan, ada negara mencatatkan sehingga 35 peratus jangkitan. -REUTERS
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan bagi melindungi pekerja di sektor kesihatan.
Menurut Pengarah Urusan WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, risiko yang diambil setiap pekerja kesihatan adalah satu pengorbanan besar untuk menyelamatkan nyawa akibat pandemik COVID-19.
"Kita semua terhutang budi dengan pekerja sektor kesihatan, mereka ini bukan hanya bertanggungjawab terhadap pesakit tetapi juga mengambil risiko nyawa mereka sendiri dalam menjalankan tugas.
"Di peringkat global, 14 peratus kes positif COVID-19 melibatkan pekerja sektor kesihatan, ada negara mencatatkan sehingga 35 peratus jangkitan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Micheal Ryan berkata ketidaksepakatan ilmiah mengenai isu seperti vaksin dan pelitup muka seakan dianggap sebagai retorik politik.
"Saya rasa adalah amat penting untuk mesej ini disampaikan kepada semua pihak dan setiap negara.
"Di mana wujud pertikaian di antara sains dan kerajaan; ini adalah suatu yang menyukarkan," katanya.
Beliau mengulas mengenai perselisihan umum antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Pengarah Pusat Kawalan Pencegahan Penyakit AS mengenai keberkesanan pelitup muka dan bilakah vaksin COVID-19 akan tersedia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#COVID-19
#Doktor
#Donald Trump
#Pandemik COVID-19
#Pekerja
#Pekerja kesihatan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#positif
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan