Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan kembali kekeliruan yang timbul pada Isnin berhubung penyebaran COVID-19 oleh individu yang tidak menunjukkan simptom.

Menurut ketua pakar teknikal penularan COVID-19, Maria Van Kerkhove, beliau hanya merujuk kepada beberapa kajian dan bukan kepada keseluruhan keadaan.

Tambahnya, frasa 'berkemungkinan kecil' merujuk kepada dua atau tiga kajian dan bukan kepada kes penularan oleh individu tanpa simptom.

Pada Isnin, Van Kerkhove menyatakan penyebaran melalui tanpa simptom hanya 'berkemungkinan kecil' berlaku.

Ini mengakibatkan kekeliruan dan pelbagai persoalan daripada pakar dan pihak berkuasa perubatan.

Pakar dan pihak berkuasa perubatan sebelum ini menasihati orang ramai, biarpun tanpa simptom, untuk memakai penutup muka untuk mengelakkan penyebaran COVID-19.