awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria

Bernama
Bernama
26/12/2024
21:10 MYT
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Bekalan perubatan yang diselaraskan dari depot kecemasan WHO di Dubai akan menyokong hospital di Idlib dan utara Aleppo. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar 50 tan bekalan perubatan yang dibiayai oleh EU ke Istanbul pada Khamis untuk diagihkan ke kemudahan kesihatan di utara Syria, lapor Agensi Anadolu.
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
Bekalan itu akan dihantar menggunakan trak ke Mersin sebelum dibawa ke Syria melalui Hatay selepas pelepasan kastam.
Wakil WHO di Turkiye Dr Pierre Nabeth melahirkan rasa puas hati dengan penghantaran itu sambil menjelaskan bekalan yang diselaraskan dari depot kecemasan WHO di Dubai akan menyokong hospital di Idlib dan utara Aleppo.
"Kit ini amat penting untuk merawat kecederaan berkaitan konflik dan keperluan perubatan lain," kata Nabeth, sambil menyatakan keadaan keselamatan yang tidak menentu di Syria tidak mengizinkan operasi dijalankan melalui Turkiye.
Beliau berkata hanya separuh daripada hospital di Syria berfungsi sepenuhnya, dengan banyak yang tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan di tengah-tengah wabak kolera dan penyakit lain.
Penghantaran itu termasuk peralatan pembedahan, bekalan anestesia dan ubat-ubatan untuk rawatan penyakit serta pencegahan wabak.
Ia bertujuan untuk menangani jurang kesihatan yang mendesak dan menyokong sistem penjagaan kesihatan Syria yang rapuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#bantuan perubatan
#Syria
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan