awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wikileaks akan bertanding pilihan raya Australia

Agensi
Agensi
06/04/2013
11:01 MYT
Wikileaks akan bertanding pilihan raya Australia
Wikileaks mendedahkan pelan untuk meletakkan calonnya bertanding di sekurang-kurangnya tiga negeri dalam pilihan raya umum Australia yang dijadual berlangsung September ini.
Pengasas Wikileaks, Julian Assange pula akan meneruskan hasrat bertanding kerusi Dewan Senat biarpun beliau masih bersembunyi di Kedutaan Ecuador di London sejak Jun lepas.
Pengarah kempen Assange, Greg Barns berkata, pihaknya telah mengenal pasti calon-calon yang akan bertanding atas tiket Wikileaks dan mereka adalah calon-calon yang berkualiti tinggi.
Wikileaks juga yakin akan menang satu kerusi Dewan Senat di setiap tiga negeri yang akan ditandinginya. "Jadi terpulanglah kepada kerajaan (Australia) untuk mencari jalan bagaimana Assange boleh pulang ke (tanah air)," katanya kepada wartawan.
"Adalah sesuatu yang memalukan sekiranya pengundi di Victoria tidak ada perwakilan di Senat," tambahnya, sambil menyatakan keyakinan Assange akan menang pilihan raya itu.
Assange berlindung di pejabat Kedutaan Ecuador di London bagi mengelak perintah ekstradisi ke Sweden untuk berdepan tuduhan jenayah salah laku seks.
Beliau mendakwa perintah ekstradisi itu bermotifkan politik susulan tindakan Wikileaks mendedahkan fail sulit diplomatik Amerika Syarikat di seluruh dunia pada 2010.
Assange bulan lalu berkata, beliau percaya Amerika akan menggugurkan penyiasatan ke atas pendedahan itu dan Britain juga akan berbuat demikian sekiranya beliau menang pilihan raya September ini.
Beliau percaya, sekiranya siasatan itu diteruskan ia boleh membawa kepada masalah diplomatik. Barns bagaimanapun menafikan usaha Assange bertanding dalam pilihan raya itu adalah sebagai strategi untuk mendapatkan perlindungan keluar daripada persembunyiannya dan balik ke Australia.
"Kalau itu alasannya, adalah lebih mudah untuk beliau bertanding sebagai calon bebas," katanya.
Bapa Assange, John Shipton yang juga pengerusi Parti Wikileaks senada dengan kenyataan Barns itu apabila berkata, anaknya "tegas" dalam komitmen politiknya.
Jelas beliau, Assange memperjuangkan ketelusan dan tanggungjawab pihak berkuasa dan kerajaan serta kebebasan media dan kerana itulah beliau mahu menyertai politik.
Parti Wikileaks mendakwa lebih 500 orang telah mendaftar sebagai ahli parti dan kedudukan itu membolehkan ia mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Australia mengikut peraturan pilihan raya negara itu.
Topic Berkaitan
#Australia
#Julian Assange
#WikiLeaks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan