GENEVA: Ketua iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengeluarkan amaran peringkat merah apabila data baru menunjukkan bahawa rekod bagi setiap petunjuk iklim telah dipecahkan pada tahun 2023.
Menurut laporan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), pada tahun lepas rekod untuk pelbagai petunjuk perubahan iklim telah dipecahkan seperti tahap gas rumah hijau, suhu permukaan, haba lautan dan pengasidan, peningkatan paras laut, litupan ais di Antartika dan pemecahan glasier.
"Laporan tahunan ini menunjukkan bahawa krisis iklim adalah cabaran paling ketara yang sedang dihadapi oleh manusia.
"Ia berkait rapat dengan krisis ketidaksamaan seperti yang disaksikan oleh peningkatan keterjaminan makanan, perpindahan penduduk dan kehilangan biodiversiti," kata Setiausaha Agung WMO, Celeste Saulo dalam satu sidang media di Geneva, lapor Xinhua.
Menurut laporan itu, gelombang haba, banjir, kemarau, kebakaran hutan dan siklon tropika yang semakin meningkat dengan cepat telah menyebabkan kesengsaraan dan kekacauan tahun lepas, menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang dan menyebabkan kerugian ekonomi berbilion dolar.
WMO mengesahkan bahawa tahun 2023 adalah tahun paling panas pernah direkodkan dengan purata suhu global sebanyak 1.45 darjah Celsius, dengan margin ketidakpastian sebanyak 0.12 darjah Celsius, melebihi paras pra-industri.
"Kami tidak pernah sedekat ini -- walaupun secara sementara pada masa ini -- dengan had bawah 1.5 darjah Celsius yang ditetapkan oleh Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim," kata ketua WMO itu.
Lebih 90 peratus laut telah mengalami keadaan gelombang haba pada satu ketika pada tahun 2023, dan satu set glasier rujukan global mengalami kehilangan terbesar ais yang pernah direkodkan.
Selain itu, ais laut Antartika mencapai tahap terkecil pernah direkodkan, dengan 1 juta kilometer persegi kurang pada penghujung musim sejuk berbanding tahun rekod sebelumnya.
Sementara itu, kepekatan yang diperhatikan bagi tiga gas rumah hijau utama -- karbon dioksida, metana dan nitrus oksida -- mencapai tahap rekod pada tahun 2022 dan terus meningkat pada tahun 2023.
Tahap karbon dioksida adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding era pra-industri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Lebih 90 peratus laut telah mengalami keadaan gelombang haba pada satu ketika pada tahun 2023. - Foto Bernama
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
WMO keluar amaran merah mengenai petunjuk perubahan iklim
Ketua iklim PBB mengeluarkan amaran peringkat merah apabila data baru menunjukkan bahawa rekod bagi setiap petunjuk iklim telah dipecahkan.
Paras laut global meningkat lebih dua kali ganda
Ia meningkat dua kali ganda berbanding paras sebelum ini berdasarkan tempoh dari tahun 1993 hingga 2002.