awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Wujudkan mekanisme pantau dana perubahan iklim yang dikumpulkan, disalurkan'

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
05/12/2023
14:59 MYT
'Wujudkan mekanisme pantau dana perubahan iklim yang dikumpulkan, disalurkan'
Maimunah mencadangkan agar diwujudkan mekanisme untuk memantau keberkesanan dana ini diperingkat negara-negara penerima. - foto/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persetujuan untuk menubuhkan dan menyalurkan dana bagi menangani risiko perubahan iklim semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP28) adalah suatu langkah yang baik.
Namun, Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif mencadangkan agar diwujudkan mekanisme untuk memantau keberkesanan dana ini diperingkat negara-negara penerima.
“Kita telah lama membincangkan tentang dana ini. Perubahan iklim ini banyak dihadapi oleh negara-negara kurang membangun. Dana ini diperlukan, sedangkan mereka hanya beri kesan 2 peratus sahaja daripada bencana alam yang berlaku.
“Saya ingin sarankan dana ini disalurkan. Apabila ia disalurkan, mesti ada mekanisme untuk mengawasi perbelanjaan dan pelaksanaan dana ini di peringkat negara-negara yang menerima dana ini.
“Supaya boleh dibelanjakan kepada perkara-perkara dan pihak-pihak yang sepatutnya menerima bantuan. Bukan sekadar pemberian sekali beri sebaliknya menyentuh isu penggubalan dasar yang bermakna,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Pada masa sama, Maimunah menekankan soal kepentingan untuk semua pihak yang melaksanakan agenda hijau untuk berlaku jujur dalam menjayakan resolusi dan kesepakatan bagi menangani perubahan iklim global.
Jelasnya, tidak wajar permuafakatan yang dicapai hanya sekadar tinggal slogan dan bualan mulut tanpa ada langkah yang bermakna untuk menterjemahkannya kepada tindakan.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#COP28
#Dana Perubahan Iklim
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan