awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yadim, Kit Siang kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden

Bernama
Bernama
23/01/2023
11:00 MYT
Yadim, Kit Siang kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden
Tindakan Paludan turut disifatkan satu bentuk ucapan kebencian yang tidak dapat diterima sebagai 'kebebasan bersuara' dalam mana-mana masyarakat bertamadun. - Tangkap layar/ FB Yadim
KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata kemarahan dan kekecewaan rakyat Malaysia terutamanya penduduk majoriti Islam berikutan insiden itu adalah wajar.
"Kami percaya sikap biadap berkenaan tidak melambangkan budaya dan kepercayaan majoriti rakyat Sweden yang lain. Tindakan ini seharusnya dihentikan segera untuk mengelak keadaan menjadi lebih buruk.
"Selain mengadakan bantahan menerusi saluran diplomatik, Yadim percaya bahawa ajaran Islam dan al-Quran mesti disebarkan bukan sahaja di dunia Islam semata-mata," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tuan Kamarul berkata mesej ke arah belas kasihan, rahmah dan kasih sayang serta budi bahasa yang terdapat dan selalu ditegaskan dalam al-Quran mesti ditegakkan serta sebarang percubaan untuk mengundang kebencian dan keganasan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia tidak boleh dibenarkan.
Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang berkata tindakan Paludan bukan sahaja satu perbuatan yang mencemarkan kitab suci agama Islam tetapi juga satu bentuk ucapan kebencian yang tidak dapat diterima sebagai 'kebebasan bersuara' dalam mana-mana masyarakat bertamadun.
"Pembakaran kitab suci agama Islam adalah satu bentuk Islamofobia yang jelas namun pada masa yang sama tindakan mengada-adakan Islamofobia dengan tidak adanya fenomena ini untuk menimbulkan kebencian dan syak wasangka juga merupakan satu perkara yang tidak bermoral, tidak bertanggungjawab dan jahat," katanya dalam kenyataan.
Semalam Anwar dilaporkan bukan sahaja mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu malah menggesa kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu.
Paludan, pemimpin parti pelampau kanan Denmark 'Stram Kurs', diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar al-Quran
#YADIM
#Lim Kit Siang
#Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan