awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Youth4Climate: '30 tahun bla bla bla' - Greta Thunberg sindir omong kosong pemimpin dunia

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2021
02:29 MYT
Youth4Climate: '30 tahun bla bla bla' - Greta Thunberg sindir omong kosong pemimpin dunia
Greta mendakwa banyak yang telah dijanjikan namun tiada usaha ketara dilakukan untuk mengatasi pemanasan global sejak hampir tiga dekad. -Reuters
MILAN: Aktivis alam sekitar Greta Thunberg menggunakan peluang berucap di pentas dunia untuk menyindir pemimpin dunia berhubung tindakan menangani pemanasan global.
Berucap pada sesi pembukaan Youth4Climate di Milan, Itali pada Selasa, Greta mendakwa tiada tindakan konkrit dilakukan pemimpin dunia selain omong kosong semata-mata, lapor The Guardian.
"Tiga puluh tahun bla, bla, bla.
“Bangun kembali menjadi lebih baik. Bla bla Bla.
"Ekonomi hijau. Bla bla Bla.
"Sifar karbon menjelang 2050. Bla, bla, bla."
Para pemimpin dunia telah bertahun-tahun berjanji untuk mengatasi masalah alam sekitar terutamanya sejak Sidang Kemuncak Rio 1992 di Brazil.
Aktivis berusia 18 dari Sweden itu mendakwa banyak yang telah dijanjikan namun tiada usaha ketara dilakukan untuk mengatasi pemanasan global sejak hampir tiga dekad.
We can no longer let the people in power decide what hope is. Hope is not passive. Hope is not blah blah blah. Hope is telling the truth. Hope is taking action My speech at #Youth4Climate #PreCOP26 in Milan. pic.twitter.com/BA62GpST2O
— Greta Thunberg (@GretaThunberg) September 28, 2021
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ucapan kebanyakan ahli politik, terutama Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, yang selalu menggunakan slogan dan istilah sama dalam ucapan mereka.
Pada Februari, Johnson mengejek Biden pada pertemuan G7 kerana mungkin telah "mencuri slogan" daripada kita".
Greta dalam pada itu berkata dia turut meragui niat penganjur acara Youth4Climate yang dikendalikan oleh World Bank Group ini.
"Para 'pemimpin' ini memilih orang muda tertentu untuk menghadiri perjumpaan seperti ini, untuk berpura-pura mendengar keluhan kami, tetapi mereka tidak mendengarnya.
"Tidak ada planet B. Perubahan bukan sahaja boleh dilakukan tetapi perlu dilaksanakan, tetapi bukan dengan cara yang kita lakukan setakat ini," kata Thunberg.
Ribuan aktivis muda dari kira-kira 190 negara berkumpul di Milan minggu ini dengan sekitar 400 daripadanya mendesak pembuat dasar untuk menyusun cadangan penyelesaian.
Aktivis belia, yang berjuang membawa isu perubahan iklim ke agenda global dicabar untuk membantu mencari jalan penyelesaian menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP26 pada November.
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) ialah persidangan Perubahan Iklim PBB ke-26 yang dijadual diadakan di Glasgow, Scotland bermula 31 Oktober hingga 12 November 2021.
Persidangan PBB COP26 bertujuan mencerap tindakan yang lebih jitu daripada hampir 200 negara yang menandatangani Perjanjian Paris 2015.
Topic Berkaitan
#Greta Thunberg
#aktivis alam sekitar
#Youth4Climate
#Boris Johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan