ANKARA: YouTube pada Jumaat memaklumkan pihaknya menyekat saluran media yang menyokong dan mempunyai kaitan dengan Rusia di seluruh dunia.

Saluran YouTube RT dan Sputnik mula disekat di seluruh Eropah minggu lepas, lapor Agensi Anadolu.

"Kini, kami mengeluarkan kandungan berkaitan tindakan Rusia di Ukraine yang melanggar dasar," menurut YouTube menerusi ciapan Twitternya, sambil menambah "Garis Panduan komuniti melarang penafian kandungan, meremehkan peristiwa keganasan sebenar yang berlaku."

Pengemaskinian dasar berkuat kuasa serta-merta tetapi sistem YouTube mengambil masa untuk menyekat saluran sepenuhnya.

YouTube turut mengeluarkan lebih 1,000 saluran dan lebih 15,000 video dari platformnya berikutan pelanggaran dasar, seperti ucapan kebencian, maklumat salah serta kandungan grafik susulan konflik Rusia-Ukraine.

-- BERNAMA