awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambia nafi varian baharu COVID-19 punca lonjakan kes

Bernama
Bernama
16/06/2023
08:20 MYT
Zambia nafi varian baharu COVID-19 punca lonjakan kes
Lonjakan kes COVID-19 yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh varian Omicron sedia ada dan bukan strain baharu. - Gambar hiasan/ AP
LUSAKA: Pihak berkuasa kesihatan Zambia pada Khamis menafikan laporan yang mengatakan terdapat varian baharu COVID-19 yang bermutasi dan lebih ganas di negara itu, lapor Xinhua.
Ketua Pengarah Institut Kesihatan Awam Zambia (ZNPHI), Roma Chilengi, berkata lonjakan kes COVID-19 yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh varian Omicron sedia ada dan bukan strain baharu.
Beliau berkata lonjakan itu didorong oleh musim sejuk memandangkan cuaca sejuk cenderung memudahkan penularan penyakit berkaitan pernafasan, termasuk COVID-19.
Chilengi menyeru rakyat tidak panik kerana tiada sebab untuk bimbang sambil menasihatkan orang ramai supaya mematuhi langkah pencegahan yang disyorkan.
"ZNPHI kekal komited untuk melindungi kesihatan awam dan terus bekerja tanpa henti untuk mengawal penularan COVID-19 di Zambia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Zambia
#peningkatan kes
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan