awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Zelensky cadang gencatan senjata terhadap infrastruktur awam selama 30 hari

Bernama
Bernama
21/04/2025
02:20 MYT
Zelensky cadang gencatan senjata terhadap infrastruktur awam selama 30 hari
Zelenskyy mencadangkan gencatan senjata selama 30 hari terhadap infrastruktur awam, dengan kemungkinan dilanjutkan sekiranya gencatan senjata sepenuhnya dapat dipatuhi. - Gambar fail AP
ISTANBUL: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Ahad mencadangkan gencatan senjata selama 30 hari terhadap infrastruktur awam, dengan kemungkinan dilanjutkan sekiranya gencatan senjata sepenuhnya dapat dipatuhi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Ukraine mencadangkan supaya semua serangan menggunakan dron dan peluru berpandu jarak jauh ke atas infrastruktur awam dihentikan sekurang-kurangnya selama 30 hari, dengan potensi untuk dilanjutkan," katanya dalam satu kenyataan di platform X.
Cadangan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap gencatan senjata sebelah pihak selama 30 jam yang diumumkan Presiden Rusia, Vladimir Putin, sempena perayaan Easter pada Sabtu.
Zelenskyy berkata Ukraine akan memberi reaksi balas terhadap pengumuman, dan menggesa agar gencatan itu dilanjutkan "sekiranya benar-benar wujud gencatan senjata sepenuhnya."
Gencatan senjata berkenaan yang bermula pada 6 petang waktu Moscow pada Sabtu, dijangka berakhir pada tengah malam Isnin.
Namun, kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain mengenai pelanggaran perjanjian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#gencatan senjata
#Volodymyr Zelenskyy
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.