awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelensky dakwa serangan Rusia berterusan walau Putin isytihar gencatan senjata

Bernama
Bernama
20/04/2025
08:00 MYT
Zelensky dakwa serangan Rusia berterusan walau Putin isytihar gencatan senjata
Vladimir Putin sebelum ini mengisytiharkan gencatan senjata di Ukraine sempena sambutan Easter. - Gambar fail/ Reuters
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Ahad mendakwa serangan Rusia terus berlaku sepanjang malam meskipun Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan gencatan senjata di Ukraine sempena sambutan Easter, lapor agensi berita Jerman dpa.
"Secara keseluruhan, setakat pagi Easter, kita boleh menyatakan bahawa tentera Rusia sedang cuba mencipta gambaran umum tentang pelaksanaan gencatan senjata, namun dalam beberapa kawasan mereka masih melakukan cubaan untuk mara dan menyebabkan kerugian kepada Ukraine," kata Zelensky di platform X, memetik laporan ketua tenteranya Jeneral Oleksandr Syrskyi.
Zelensky mendakwa sebanyak 387 serangan dan 19 cubaan serangan oleh tentera Rusia dicatatkan antara 6 petang (1500 GMT) hingga tengah malam. Rusia juga didakwa menggunakan dron sebanyak 290 kali.
"Di mana-mana pun, pejuang kita memberi respons yang sewajarnya terhadap musuh, bergantung kepada situasi pertempuran tertentu. Ukraine akan terus bertindak secara simetri," katanya.
Gencatan senjata dijadual berlangsung selama 30 jam sempena Easter.
"Kami akan bertindak berdasarkan kepada situasi sebenar di lapangan," katanya.
Kementerian Pertahanan di Moscow pada Sabtu menyatakan bahawa tentera Rusia akan mematuhi gencatan senjata sekiranya pasukan Ukraine turut mematuhinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Volodymyr Zelensky
#Vladimir Putin
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan