awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La

Agensi
Agensi
01/06/2024
13:44 MYT
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky dijangka meminta para hadirin untuk menghadiri dan menyokong sidang kemuncak keamanan di Switzerland bulan ini. - Reuters
SINGAPURA: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, dan beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin selain membincangkan sokongan untuk negaranya dalam ucapan kepada perwakilan.
Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS), yang menganjurkan persidangan keselamatan itu memaklumkan, Zelenskiy akan mengambil bahagian dalam sesi perbincangan pada Ahad bertajuk "Re-Imagining Solutions for Global Peace and Regional Stability".
Zelensky dijangka meminta para hadirin untuk menghadiri dan menyokong sidang kemuncak keamanan di Switzerland bulan ini. Beliau sebelum ini mendakwa Rusia cuba mengganggu sidang kemuncak itu, yang diharap akan menjana sokongan untuk pengunduran tentera Rusia.
Ini merupakan lawatan kedua Zelensky ke Asia sejak Rusia menyerang Ukraine pada Februari 2022. Pada Mei 2023, beliau menghadiri mesyuarat G7 di Jepun.
Khamis lalu, Presiden AS Joe Biden telah memberi jaminan kepada Ukraine bahawa mereka boleh menggunakan senjata AS untuk menyerang sasaran merentasi sempadan di Rusia yang digunakan untuk menyerang kawasan sekitar Kharkiv, sebuah bandar di timur laut Ukraine.
Presiden Rusia Vladimir Putin telah memberi amaran kepada ahli NATO supaya tidak membenarkan Ukraine melepaskan tembakan ke arah Rusia dan sekali lagi memberi amaran mengenai risiko perang nuklear.
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#Vladimir Putin
#Ukraine
#Rusia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan