awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump

Bernama
Bernama
25/02/2025
03:30 MYT
Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Zelenskyy menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine, selain mendesak Presiden Trump supaya mengadakan pertemuan. - Gambar fail AP
MOSCOW: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine, selain mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya mengadakan pertemuan susulan kritikan dari Washington, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Semua industri pertahanan dan ketenteraan di negara-negara Eropah mula meningkatkan pengeluaran susulan perang ini... namun, ini masih belum mencukupi... kita perlu melabur lebih banyak dalam pengeluaran di Ukraine... Kita memerlukan dana tambahan," kata Zelensky pada sidang media bersama pemimpin Eropah pada Isnin.
Dalam pertemuan dengan pemimpin G7, Zelenskyy turut menyeru Trump untuk mengadakan mesyuarat secepat mungkin.
"Kita perlu bertemu secepat mungkin untuk menentukan syarat keamanan dan jaminan keselamatan. Pasukan kami sudah bekerjasama secara produktif dengan AS mengenai perjanjian ekonomi yang kami harap dapat ditandatangani di Washington," katanya.
Sementara itu, pada Rabu, Trump mengkritik Zelenskyy kerana enggan mengadakan pilihan raya, menyifatkannya sebagai seorang "diktator" dan mendakwa pemimpin Ukraine itu mahu terus memperoleh "mengaut keuntungan dengan mudah" di tengah-tengah konflik berterusan dengan Rusia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Volodymyr Zelenskyy
#Kesatuan Eropah
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan