GAZA: Tentera Israel mendakwa telah mengepung kota Gaza dan membahagikan jalur pantai yang dikepung kepada dua.
Gaza mengalami gangguan komunikasi ketiganya sejak permulaan perang 7 Oktober lalu.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari berkata, ketika ini terdapat bahagian utara dan selatan Gaza.
Justeri, katanya, ia merupakan 'peringkat penting' dalam perang Israel terhadap Hamas.
Media Israel melaporkan, tentera rejim Zionis itu dijangka memasuki kota Gaza dalam tempoh 48 jam.
Letupan kuat dilihat di utara Gaza selepas waktu malam, pada Isnin.
Kelumpuhan rangkaian di seluruh Gaza dilaporkan oleh kumpulan advokasi akses internet NetBlocks.org dan disahkan oleh syarikat telekomunikasi Palestin Paltel.
Ini menjadikan lebih sukar dan rumit untuk menyampaikan butiran mengenai peringkat baharu serangan rejim Zionis.
Jurucakap Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Juliette Touma berkata, pihaknya telah kehilangan komunikasi dengan sebahagian besar ahli pasukan UNRWA.
Gangguan rangkaian telekomunikasi pertama di Gaza berlarutan selama 36 jam dan yang kedua selama beberapa jam.
Pengeboman Israel berterusan
Terdahulu pada Ahad, pesawat pejuang Israel menyerang dua kem pelarian Gaza tengah, membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan berpuluh-puluh orang awam, kata pegawai kesihatan.
Israel berkata, pihaknya akan meneruskan serangan terhadap pasukan pejuang Hamas, walaupun Amerika Syarikat (AS) merayu supaya berhenti seketika untuk mendapatkan bantuan kepada orang awam.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, lebih 9,700 rakyat Palestin telah terbunuh di wilayah itu dalam hampir sebulan perang dengan hampir 5,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Jumlah itu mungkin akan meningkat apabila Zionis Israel mara ke kawasan kejiranan bandar yang padat.
Serangan udara melanda kem pelarian Maghazi membunuh sekurang-kurangnya 40 orang dan mencederakan 34 yang lain.
Kem itu berada di zon di mana tentera Israel telah menggesa orang awam Palestin untuk mencari perlindungan.
Tiada komen segera daripada tentera Israel.
Satu lagi serangan udara melanda sebuah rumah berhampiran sekolah di kem pelarian Bureji di tengah Gaza.
Kakitangan di Hospital Al-Aqsa berkata, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh.
Walaupun rayuan dan demonstrasi di luar negara, Israel meneruskan pengebomannya di seluruh Gaza.
Pengkritik berkata, serangan Israel adalah tidak seimbang, memandangkan jumlah besar orang awam terbunuh.
Agensi
Mon Nov 06 2023
Tentera Israel berterusan membedil ke arah Palestin dan kini zionis itu mendakwa sudah mengepung kota Gaza. - Gambar REUTERS
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.