awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 panduan penting konsert yang dikemukakan oleh JAKIM

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
21/04/2015
02:56 MYT
10 panduan penting konsert yang dikemukakan oleh JAKIM
10 garis panduan penting konsert yang dikemukakan oleh JAKIM
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) awal minggu in disediakan untuk memberi panduan kepada pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak yang terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan.
Garis panduan terbabit juga mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.
Apakah kandungannya? Berikut adalah antara perkara penting yang tersenarai dalam garis panduan itu selepas ia diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari.
1. Artis perlu mempunyai peribadi yang mulia dan tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.
kanye
kanye
2. Penampilan yang sopan dan beradab. Artis harus berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
dance
dance
3. Mereka tidak harus mendandan rambut yang menyerupai jantina yang berlainan atau berlakon menyerupai jantina lain.
4. Artis juga perlu memastikan lawak jenaka mereka berpada-pada dan tidak melampaui batas iaitu sehingga membawa kepada ketawa yang melampau.
5. Bukan itu sahaja, ucapan dan gerak laku tidak harus mengandungi kata-kata kesat, lucah atau fitnah.
artis
artis
6. Mereka harus mengelakkan unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain.
dance
dance
7. Persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah atau membangkitkan nafsu.
dance
dance
8. Lelaki dan perempuan tidak harus melibatkan diri dalam pergaulan bebas semasa mengadakan latihan atau raptai.
9. Lirik lagu harus mengandungi nilai – nilai murni dan selari dengan adab kesopanan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam.
10. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.
dance
dance
Foto oleh: E News World/ YouTube
Topic Berkaitan
#hiburan
#JAKIM
#panduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan