awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 buah kenderaan milik Paul Walker dibida dengan harga RM9.4 juta

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
19/01/2020
07:13 MYT
21 buah kenderaan milik Paul Walker dibida dengan harga RM9.4 juta
Antara koleksi Paul Walker yang menjadi tumpuan orang ramai ialah sebuah kereta BMW M3 Edisi 'Lightweight' keluaran tahun 1995 yang dipercayai hanya sebanyak 126 unit dibina di seluruh dunia. - Astro AWANI
SEJUMLAH 21 unit koleksi kenderaan kepunyaan mendiang pelakon Paul Walker dijual dengan harga RM9.4 juta dalam satu acara bidaan di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat yang bermula sejak 11 Januari lalu.
Kesemua koleksi kepunyaan Walker terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan dari serata dunia menerusi penghasilan dari era yang berbeza.
Acara bidaan “Barrett-Jackson’s 49th Annual Scottsdale Auction” yang dianjurkan selama lapan hari itu berjaya menjual kesemua kenderaan ‘rare’ (sukar dimiliki) termasuk motosikal dan trak milik Walker.
Antara koleksi yang menjadi tumpuan orang ramai ialah sebuah kereta BMW M3 Edisi 'Lightweight' keluaran tahun 1995 yang dipercayai hanya sebanyak 126 unit dibina di seluruh dunia.
Ia dijual dengan harga RM1.56 juta sekaligus menjadi kereta yang paling mahal dijual dalam acara bidaan tersebut.
Selain itu, orang ramai yang menghadiri acara tersebut turut tertarik dengan kereta rekaan khas (custom) Nissan 370Z tahun 2009, yang dikatakan pernah membuat penampilan dalam filem Fast Five.
Kereta yang mempunyai perbatuan rendah (low mileage) itu dijual pada Khamis dengan harga AS$105 ribu (RM428 ribu) yang mana setakat ini menjadi model kereta 370Z paling mahal pernah dibida.
Menurut pegawai lelongan, Jonathan Klinger, takhta selebriti itu sendiri tidak semestinya dapat menjana tawaran yang tinggi bagi setiap koleksi barangannya akan tetapi kombinasi Walker sendiri sebagai selebriti dan penggemar automotif yang menjadikan lelongan tersebut mendapat sambutan luar biasa.
Susulan itu, hasil penjualan koleksi tersebut disalurkan kepada anak perempuan Walker, Meadow yang dipercayai bertanggungjawab atas menguruskan harta bapanya.
Walker yang juga merupakan seorang penggemar automatif meninggal dunia pada November 2013 apabila kereta Porshe Carrera GT yang dinaikinya telah hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Santa Clarita, Los Angeles.
Topic Berkaitan
#BMW
#Fast and Furious
#filem
#kereta
#Los Angeles
#meninggal dunia
#model
#Nissan
#Paul Walker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan