awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 fakta menarik perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin

Isabelle Leong
Isabelle Leong
03/02/2018
23:37 MYT
6 fakta menarik perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin
Ketahui enam fakta tentang perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin. -allkpop.com
ANGGOTA kumpulan Big Bang, Taeyang dan aktres Min Hyo Rin selamat disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup pada Sabtu.
BACA: #DopeWeddingCongratz - Taeyang dan Min Hyo Rin sah bergelar suami isteri!
Majlis tersebut berlangsung di sebuah gereja di wilayah Gyeonggi, Seoul dan dihadiri keluarga, rakan rapat serta rakan sekerja pasangan tersebut.
Populariti pasangan K-Pop ini tidak perlu dipertikaikan lagi apabila hashtag #DopeWeddingCongratz menjadi trending di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.
Di sini Astro AWANI kongsikan beberapa perkara menarik tentang perkahwinan pasangan ini.
1. Kad jemputan perkahwinan
Kad undangan perkahwinan telah didedahkan kepada umum oleh rakan baik Taeyang, 1YTM, Song Baekyoung menerusi akaun Instagram.
Foto eksklusif ini menunjukkan sebuah kad berwarna putih dan dihiasi dengan sejambak bunga merah mini di bahagian hadapan kad berkenaan.
Manakala pada bahagian belakang kad tersebut pula menampilkan tulisan berwarna emas dengan ayat yang dipetik daripada kitab Bible:
“Two are better than one, because they have a good reward for their labour.”
지하 연습실에서 처음 만난 초등학교 5학년 학생 영배라는 꼬마아이가 빅뱅의 멤버로 성장을 해서 모두에게 놀라움을 주더니... 이젠 결혼으로 가정을 이룬다며 두번째로 그 놀라움을 뛰어넘는 대견함과 감동을 선사한다. . . 사무실에 출근해보니 송백경,오진환 이름으로 이렇게 예쁜 청첩장이 도착해있네... . . 한걸음에 달려가 진심을 다해 축하해주마 영배야!!!ㅠㅜ 영배야!!!! 제로쉽!!!!!!!!! . . #빅뱅 #빅뱅멤버첫결혼식 #본명은 #동영배 #원타임시절 #영배에게내가지어준예명 #제로쉽 #지금은 #태양 #너무축하해 #행복하게잘살아 #민효린씨 #축하해요
A post shared by song baek kyoung (@supafunkboy) on
Jan 24, 2018 at 9:37pm PST
Selain itu, nama sebenar Taeyang (Dong Young Bae) dan Min Hyo Rin (Jung Eun Ran) juga turut tertera di bahagian belakang kad tersebut.
Kad undangan pasangan ini mendapat pujian daripada para peminat kerana rekaannya yang ringkas namun kreatif dan penuh makna.
2. Gambar pra-perkahwinan
Majalah “Dazed” mendapat hak eksklusif merakamkan foto dan video pra-perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin.
Koleksi gambar berjudul “Love” yang diambil di Hawaii ini dilaporkan merupakan hadiah daripada Dazed Korea kepada pasangan ini.
태양&효린 커플의 특별한 화보집, <데이즈드> 코리아의 스페셜 에디션 북 가 2월 3일 그들의 결혼식에 맞춰 공개됩니다. @__youngbae__ @hyorin_min - #dazedkorea #taeyang #hyorin
A post shared by Dazed Korea (@dazedkorea) on
Jan 29, 2018 at 10:01pm PST
via allkpop
via allkpop
via allkpop
via allkpop
via allkpop
via allkpop
via allkpop
via allkpop
via allkpop
via allkpop
Foto majalah Dazed Korea daripada allkpop
YouTube Dazed Korea
3. Cincin pertunangan buatan Chanel Cincin pertunangan pasangan ini didedahkan semasa foto perkahwinan mereka dan gambar menunjukkan cincin khas ini daripada jenama mewah Chanel! Pasangan suami isteri ini memakai Chanel Coco Crush Ring Quilted Motif yang diperbuat daripada emas putih 18K. Taeyang memakai versi sederhana bernilai AS$3,250 (RM12,634) manakala Min Hyo Rin pula memakai versi kecil bernilai AS$2,700 (RM10,496). via Koreaboo
via Koreaboo
4. Seungri lebih bergaya daripada pengantin Big Bang Seungri memuat naik swafoto pada Instastory-nya dengan kapsyen yang tertera “Saya lebih bergaya daripada pengantin lelaki. Saya rasa sungguh pelik.”
Seungri's IG Story Update. "More stylish than the groom... Oh my! I feel strange" pic.twitter.com/8jisiMmiAs
— YGInstagram (@YGInstagram) February 3, 2018
5. Big Bang, versi Ibu Ibu kepada kelima-lima anggota menghadiri majlis perkahwinan ini. Dalam Instastory yang turut dimuat naik Seungri, dia memberikan kapsyen “Big Bang, versi ibu. Sentiasa kekal sihat, ibu-ibu”
Seungri's IG Story Update. Part 3. "BIGBANG Eomma version Always stay healthy, our moms" pic.twitter.com/Iq7dyZo6UH
— YGInstagram (@YGInstagram) February 3, 2018
Anda kenal siapa ibu Taeyang, Seungri, T.O.P, G-Dragon dan Daesung? 6. Taeyang beli rumah pengantin baharu di kawasan elit Penyanyi "Wedding Dress" ini dilaporkan membeli rumah AS$4 juta (RM15.55 juta) sebagai rumah pengantin baharu mereka di Hannam, Seoul. via Koreaboo
via Koreaboo
Terletak di salah satu kawasan paling mewah di Seoul, pasangan ini bakal berjiran dengan pelakon terkenal seperti Lee Jong Suk, Shin Min Ah dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#Big Bang
#Chanel
#Daesung
#Dazed
#Dong Young Bae
#DopeWeddingCongratz
#fakta
#G-Dragon
#Instagram
#Jung Eun Ran
#Korea Selatan
#menarik
#Min Hyo Rin
#perkahwinan
#Seungri
#Song Baekyoung
#T O P
#Taeyang
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan