Hari ini genap enam tahun pemergian Raja Pop, Michael Jackson.
Legenda muzik itu menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun 2009 di kediamannya di Los Angeles. Hasil bedah siasat yang dijalankan selepas itu mendedahkan Jackson meninggal akibat serangan jantung yang diakibatkan oleh penggunaan dadah berlebihan jenis Propofol dan Benzodiazepine.
Sempena memperingati ulang tahun pemergiannya, kami senaraikan beberapa fakta tentang Jackson yang dipetik dari buku Remember The Time: Protecting Michael Jackson In His Final Days, yang didedahkan oleh Bill Whitfield dan Javon Beard. Whitfield dan Beard merupakan antara pengawal peribadi Jackson.
1. Dua kekasih gelap
Kedua-duanya tinggal di luar negara dan kewujudan mereka langsung tidak diketahui keluarga dan peminat, apatah lagi media.
2. Paranoid
Jackson punya tahap kebimbangan yang melampau berkenaan kemungkinan kehidupan peribadinya 'dihendap' orang awam. Justeru dia akan memastikan setiap bilik dan bangunan yang dimasuki tidak memiliki sebarang kamera tersembunyi.
3. Terpinggir dari keluarga sendiri
Kecuali ibunya, ahli keluarganya yang paling perlu membuat temujanji jika ingin menemuinya.
4. Ulat buku
Kesukaran untuk keluar dari rumah membuatkan Jackson 'terjebak' dengan hobi membaca buku. Mendiang pernah menghabiskan US$5,000 (RM18,807.83) dalam satu masa untuk membeli buku.
5. Minat muzik klasik
Terkenal kerana muzik 'pop dance', mungkin ramai yang tidak tahu mendiang adalah peminat setia muzik klasik. Muzik daripada Bach, Beethoven, Tchaikovsky antara yang kerap dimainkan di rumah dan di dalam keretanya.
6. Sahabat paling setia
Di saat ahli sukan terkemuka dunia, OJ Simpson dituduh membunuh isterinya, Jackson membuka pintu rumahnya untuk Simpson untuk berlindung dari perhatian media.
7. Nama berbentuk kod
Bukan sahaja memakaikan topeng kepada anak-anaknya ketika keluar rumah, Jackson juga punya kod nama untuk anak-anaknya di luar rumah. Mendiang tidak akan memanggil anaknya dengan nama sebenar di luar rumah.
Madiha Abdullah
Thu Jun 25 2015
Di saat ahli sukan terkemuka dunia, OJ Simpson dituduh membunuh isterinya, Jackson membuka pintu rumahnya untuk Simpson berlindung dari perhatian media.
Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jawi
Hari ini berlangsung majlis ramah mesra masjid dan surau Jumaat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka.
Untuk laporannya bersama wartawan Madiha Abdullah.
Untuk laporannya bersama wartawan Madiha Abdullah.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Michelle Yeoh salah seorang penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington
Advokasi: Atasi permasalahan penagihan dadah menerusi Tele Hello AADK
Menurut Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Siti Mariam Mursidan, ini merupakan pendekatan baharu bagi memberikan maklumat yang diperlukan bukan sahaja kepada mereka yang mengalami masalah penagihan, tetapi juga kepada keluarga.
Letupan bom: Polis Kelantan guna kenderaan berperisai kawal sempadan
Polis Kelantan menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan kejadian letupan bom dan tembakan di Pasemas, Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin
lalu
lalu
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu masuki tempoh kritikal
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu mula memasuki tempoh kritikal dengan parti dan calon bertanding melipat gandakan usaha bagi meraih sebanyak mungkin undi.
[TERKINI] Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
[TERKINI] Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penghargaan buat anggota bomba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anwar terima potret misi Ops Jerebu 1997
Misi memadam kebakaran rentas sempadan, Ops Jerebu selama 25 hari yang membabitkan 1,200 anggota bomba pada 27 tahun lampau, diabadikan dalam bentuk potret dihadiahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu penting dalam menjayakan tugasan itu pada 1997.
PM dedah ada tidak setuju kenaikan gaji penjawat awam
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk
Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan, awal pagi Sabtu lepas.
Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat
Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad.
Kanak-kanak Palestin terbang layang-layang, imbas kembali aktiviti sebelum perang
Kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel dilihat menerbangkan layang-layang berwarna-warni di kawasan perkhemahan sementara mereka di Rafah.
Pihak berkuasa Thailand hantar pulang suspek kes bunuh ke Malaysia
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang disyaki membunuh pekerjanya telah ditahan di lapangan terbang Bangkok pada Ahad dan dihantar pulang ke negara asal pada Isnin.
Alif Satar kemalangan
Penyanyi dan pelakon itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.
Garis panduan aktiviti hiburan di IPT: Penglibatan MPP penuhi aspirasi mahasiswa
MPP UMK sambut baik keputusan KPT memberi autonomi kepada mahasiswa dan universiti bagi merangka bersama garis panduan tersebut.
Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.
Nabila Razali bertunang dengan bekas pelumba litar?
Difahamkan, majlis pertunangan diadakan di kediaman penyanyi itu di Selayang, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat saja.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun
Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.