HIBURAN
Aadhira pecah 'tembok' konservatif drama Tamil tempatan, dianggap terlalu berani, luar biasa

R Azizan berkata, Aadhira bukan sekadar drama, ia satu gerakan menyentuh realiti yang sering disenyapkan. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Tayangan babak-babak yang disifatkan 'kurang menyenangkan' dalam siri terbaharu terbitan Astro Vinmeen, Aadhira mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen sejak ia mula ditayangkan sejak 14 Julai lalu.
Ramai yang terkejut bagaimana sebuah drama Tamil tempatan berani menampilkan adegan-adegan luar biasa yang jarang sekali dilihat dalam produksi tempatan.
Babak-babak yang sarat dengan sinematografi berani itu menerima kecaman awal netizen yang menganggap penerbitan tempatan kini semakin terbuka menormalisasikan elemen sebegitu.
Sebuah drama yang diadaptasi daripada naskhah Syurga Itu Bukan Mudah itu dikatakan terlalu berani dan tidak sesuai untuk tontonan umum, apatah lagi dalam konteks drama tempatan berbahasa Tamil yang selama ini dikenali dengan pendekatan konservatif.Malah, penggunaan bahasa Inggeris yang meluas dalam dialog turut menjadi bahan kritikan kerana dianggap mencemarkan keaslian bahasa ibunda.
"This is Tamil serial or English?" soal pengguna TikTok, Vimala6603.
"Talk and respect Indian language," tegas seorang lagi netizen, Sarah.
Namun begitu, persepsi tersebut mula berubah apabila jalan cerita yang disampaikan semakin dekat dengan realiti masyarakat Malaysia.
Drama 28 episod itu bukan sekadar menghidangkan kisah konflik rumah tangga malah membawa mesej mendalam tentang penderaan emosi, keganasan domestik, manipulasi dalam perkahwinan serta keberanian wanita menuntut kembali maruah diri.
Keberanian pengarahnya, R Azizan yang menampilkan pendekatan sinematografi moden dan penceritaan visual yang segar, kini mendapat pujian ramai, menjadikan Aadhira satu naskhah yang memecahkan tradisi drama Tamil tempatan.
Gelombang sokongan netizen turut memeriahkan platform media sosial, memuji kualiti produksi dan lakonan mantap barisan pelakon.
Malah ada yang memuji keberanian produksi itu dalam memecahkan kebiasaan, dengan komen seperti 'breakthrough' untuk drama bersiri Malaysia.
"Hello Aadhira team, please don’t stop this drama serial anytime soon. We are really enjoying it. Please give us more episodes of this beautiful Tamil drama series," kata Mages Rao43.
"Hopefully, a new wave hits the Malaysian Tamil industry. So far, everything nice.. keep rocking guys," ujar CJsparrow.
Mathurai Arasi pula menulis, "The best Malaysian serial."
Komen-komen lain turut memuji aspek lakonan, pengarahan dan mesej yang diketengahkan dalam Aadhira:
"Such a good casting. Breath of fresh air," - Jiney.
"The actor and actress, their acting, their voice, dialogue delivery all top notch, awesome," - CMK.
"A very good drama for all the girls out there to create awareness. Good luck to the team. I’m wondering how to watch this series from Singapore now," - Haarini Naidu.
"Omg this drama everyone acting super," - Tamil Selvi.
"Sometimes only I watch local drama... but this Aadhira really has something worth watching," - Mira Arokiasamy.
"A breakthrough for Malaysian serials.. keep it up team," - Veron.
"Nice acting, interesting serial too," - Jessy.
"I don’t have Astro Go and this series is making me crazy now," - Shaentiran.
"Guys, please support local dramas. I think they have improved a lot. Aadhira is a superb story, an eye opener for many innocent women who have been betrayed by their husbands," kata Tempered Glass.
Memasuki minggu kedua, netizen mengakui penggunaan bahasa Inggeris itu sebenarnya menggambarkan hakikat kehidupan harian masyarakat moden, terutamanya generasi muda bandar yang kerap bercakap dalam ‘rojak’ Tamil-Inggeris.
Aadhira turut mencipta gelombang apabila tersenarai dalam Top 5 di penstriman Sooka, sekali gus menduduki tangga pertama dalam Tab Indian.
Kedudukan itu mencerminkan pencapaian signifikan yang memperlihatkan perubahan cita rasa penonton yang semakin terbuka kepada karya-karya tempatan yang menawarkan naratif segar dengan pendekatan sinematografi bertaraf tinggi.
Selain itu, dengan visual yang memukau, lakonan mantap dan mesej yang mendalam, Aadhira membuka jalan bagi drama Tamil tempatan untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi, sejajar dengan produksi antarabangsa.
Tekad anak kelahiran Nibong Tebal, Pulau Pinang itu membawa naskhah adaptasi ini ke layar tempatan dengan pendekatan sinematografi yang segar dan moden.
"Aadhira bukan sekadar drama, ia satu gerakan menyentuh realiti yang sering disenyapkan," kata Azizan yang juga graduan jurusan Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Menurutnya, Aadhira lebih daripada sekadar hiburan, sebaliknya wadah kesedaran tentang pelbagai bentuk penderaan dan mesej bahawa mangsa harus bangkit bersuara.
Selain itu, Astro turut mengangkat Aadhira sebagai naskhah perintis yang memfokuskan pemerkasaan wanita, meletakkannya sebagai salah satu drama Tamil Malaysia yang paling berani dan signifikan.
Dalam usaha itu, Astro bekerjasama dengan Women’s Aid Organisation (WAO), menjadikannya sebahagian daripada gerakan advokasi pemerkasaan wanita dan kesedaran kesihatan mental menerusi drama ini.
Ketua Pengarah Eksekutif WAO, Nazreen Nizam berpandangan, Aadhira wajar diangkat dalam wacana masyarakat kerana ia mengetengahkan dimensi penderaan domestik yang sering tersembunyi di sebalik norma budaya, di mana ramai wanita terperangkap dalam kitaran penderaan tanpa pengesanan komuniti terdekat mereka.
"Siri seperti Aadhira penting dalam memecahkan stigma senyap yang membelenggu wanita teraniaya, kerana ia mencerminkan realiti bahawa penderaan domestik bukan hanya berlaku dalam senyap, malah sering dinormalisasikan oleh persekitaran yang gagal mengenal pasti tanda-tandanya.
"Ini salah satu usaha murni Astro dalam mengangkat isu-isu sosial ke arus perdana, sekaligus membuka ruang dialog yang lebih terbuka terhadap nasib wanita teraniaya.




"Medium hiburan bukan sekadar wadah hiburan semata, tetapi juga mampu menjadi cerminan realiti sosial yang menuntut perhatian kolektif," jelas beliau..
Mengangkat kisah Aadhira (lakonan Rubini Sambanthan), seorang wanita berdikari yang terperangkap dalam perkahwinan toksik bersama Dharma (Theebaan G), drama itu membuka mata masyarakat terhadap realiti penderaan emosi, kewangan dan fizikal yang sering tersembunyi di balik senyuman seorang isteri yang teraniaya.
Rubini, yang pernah dinobatkan sebagai Miss International Malaysia 2014, bergandingan dengan Theebaan, bekas atlet seni bela diri campuran (MMA) yang pernah mencuri perhatian menerusi watak Shailesh dalam filem PASKAL (2018) arahan Adrian Teh.
Azizan pula dikenali sebagai pengkarya yang gemar menyuntik naratif sosial ke dalam karyanya, diperkukuh dengan gaya pengarahan yang segar dan kontemporari, sekali gus memberi nafas baharu kepada landskap drama tempatan.
Antara karya terdahulunya yang mendapat perhatian termasuk Nadunisi KL, Detective Maniam dan Pooranachandhiran Kudumbathar.
Jangan lupa saksikan Aadhira setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9 malam di Astro Vinmeen (saluran 202) selain Astro GO, On Demand dan Sooka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami