KETUA ahli kumpulan K-pop '100%', Seo Min-woo meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi T.O.P Media, Min-woo menghembuskan nafas terakhir Ahad malam sebelum pasukan penyelamat sampai di rumahnya.
"Kami berasa dukacita dengan berita sedih ini. Sebagai ketua kumpulan 100%, Min-woo telah menggalas tanggungjawabnya dengan baik.
"Beliau merupakan seorang rakan yang menyayangi ahli kumpulan dan peminatnya dengan ikhlas.
"Kami pasti ramai yang tahu tentang sifatnya yang baik dan berdedikasi terhadap kerjayanya. Majlis pengebumian akan diadakan buat ahli keluarga terdekat," kata agensinya seperti yang dilapor portal Allkpop.
Min-woo dilahirkan pada 8 Feb 1985. Beliau berusia 33 tahun.
Kumpulan 100% yang popular dengan lagu 'Beat', 'Want U Back' dan 'U Beauty', telah ditonton lebih satu juta kali di YouTube manakala video single terbaharu mereka 'Song For You' dimuat naik di YouTube Februari lepas.
Netizen turut meluahkan rasa dukacita mereka melalui Twitter atas pemergian penyanyi ini.
Agensi
Mon Mar 26 2018
Seo Min-woo meninggal dunia ketika usianya 33 tahun. - Twitter/@100per_Global
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Warga emas 100 tahun antara korban COVID-19 hari ini
Warga emas berusia 100 tahun adalah antara 22 kes kematian baharu COVID-19 yang direkodkan dalam negara hari ini.
Ahli kumpulan 100%, Min-woo meninggal dunia akibat serangan jantung
Ketua ahli kumpulan K-Pop '100%', Seo Min-woo meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Gangnam, Seoul.
MAS sambut ketibaan pesawat Boeing 737 ke-100
Pesawat itu mendarat pada jam 1.45 petang Isnin dan diberikan sambutan tradisi semburan air sebaik ia bergerak menuju Hangar 5.
Najib perlu meneruskan gagasan 1Malaysia-- penganalisis
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak patut menghentikan agenda 1Malaysia walaupun gagasan itu tidak disokong sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat.