awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ahli nasyid juga manusia biasa" - Raihan mohon jangan cepat jatuh hukum pada Yasin

Gempak
Gempak
01/04/2022
04:01 MYT
"Ahli nasyid juga manusia biasa" - Raihan mohon jangan cepat jatuh hukum pada Yasin
Tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu, kata Raihan.- Foto Azrul Rafie
KUMPULAN nasyid popular, Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai atau menghakimi Yasin Sulaiman susulan penahanannya akibat dakwaan mengedar ganja.
Menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik, salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu.
“Dia seorang sahabat yang baik… Semua orang tahu dia ada penyakit dan kita tidak tahu apa yang dialaminya. Jadi disebabkan itu jangan terlalu cepat menghukum.
“Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tidak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit bipolar.
“Masa mula-mula mendengar cerita ini pun kami tidak terus menilai sebab kami kenal dia bukan seperti itu,” katanya kepada Gempak.
Raihan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar & The Locos.
Dalam pada itu, Raihan juga berpendapat tidak adil untuk menilai atau memberi tanggapan bahawa semua penyanyi nasyid bermasalah.
“Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan… Jadi untuk keadaan sekarang kita doakan yang baik-baik buat Yasin, anak-anak dan juga keluarganya.
“Yang paling penting kita doakan ada pihak-pihak yang dapat membantunya, apa yang dilaluinya, kerana ini bukan kes biasa.
“Kita bersangka baik bahawa dia berpenyakit dan berdoa supaya Allah pimpin dan membantu dia hadapi masalah ini. Kami kenal dia bukan macam itu. Kami, kumpulan nasyid juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, doakan yang terbaik,” jelasnya.
Terdahulu, Yasin yang juga merupakan anggota kumpulans nasyid Brothers satu ketika dulu telah ditahan pada 24 Mac di kediamannya atas tuduhan memiliki dadah jenis ganja. BACA: Yasin Berdepan Hukuman Mati! Mengaku Tidak Bersalah Miliki, Tanam Ganja
[TERKINI] Yasin didakwa tanam, edar ganja
Dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis dan berdepan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Yasin Sulaiman
#Raihan
#edar dadah
#ganja
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan