UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Ahmad Dhani masih tanggung 6 janda yang suami maut dilanggar Dul Jaelani

Keluarga pemuzik, komposer dan penyanyi Ahmad Dhani pernah berdepan dengan mimpi ngeri apabila salah seorang anak lelakinya, Dul Jaelani terlibat dalam nahas jalanraya pada tahun 2013.

Gempak
Tue Sep 28 2021
Ahmad Dhani masih tanggung 6 janda yang suami maut dilanggar Dul Jaelani
Nahas maut yang membabitkan Dul di Kilometer 8 Tol Jagorawi tersebut telah mengorban enam orang pengguan jalan raya. Dul (kiri) pula mengalami patah tulang sehingga trauma. - Foto Astro Gempak
KELUARGA pemuzik, komposer dan penyanyi Ahmad Dhani pernah berdepan dengan mimpi ngeri apabila salah seorang anak lelakinya, Dul Jaelani terlibat dalam nahas jalanraya pada tahun 2013.
 
Nahas maut yang membabitkan Dul di Kilometer 8 Tol Jagorawi tersebut telah mengorban enam orang pengguna jalan raya. Dul pula mengalami patah tulang sehingga trauma.

Waktu itu Dul hanya berusia 13 tahun.
 
Kemalangan tersebut bukan sahaja menyita perhatian umum, namun menjadi kontroversi kerana Dul diketahui memandu dalam keadaan laju hanya pada usianya 13 tahun dan tidak memiliki lesen.
 
Untuk meredakan kemarahan masyarakat, Ahmad Dhani selaku ayah telah mengambil satu tanggungjawab yang berat.


Selain berdepan proses undang undang, suami Mulan Jameela itu juga membuat satu janji iaitu akan terus membiayai keluarga mangsa kemalangan maut itu terutama dari segi pendidikan anak anak mereka.
 
Sewaktu menjadi tetamu di podcast milik Deddy Corbuzier, Dhani mengaku sampai saat ini, sudah lapan tahun dia masih menanggung biaya janda-janda dari kemalangan maut yang disebabkan oleh kelalaian anaknya itu.

"Ya, saya masih menanggung biaya janda janda yang suami mereka maut dilanggar Dul dulu," katanya kepada Deddy seperti dilaporkan InsertLive.
 
Menurut pelantun lagu Sedang Ingin Bercinta itu, biarpun tidak pernah membuat sebarang perjanjian bertulis, namun dirinya mahu terus menunaikan janji yang pernah dilafazkan kepada mereka.
 
"Memang secara undang undang tidak pernah buat perjanjian. Tapi saya sudah berjanji kepada keluarga mangsa. Jadi, ia (tanggung) secara moral.
 
"Saya janji untuk biaya anak anak mereka sehingga tamat persekolahan," katanya.
 
Namun tanpa segan silu Dhani mengaku, bulan ini, bayaran yang patut dilaksanakan setiap 5 haribulan itu telah lewat dibuat. Semuanya gara gara dia juga telah mengalami kesan yang teruk akibat pandemik COVID 19.
 
"Jadi, saya bayar atau biaya enam janda ini dengan mengambil duit dari bisnes karaoke saya, Masterpiece. Malangnya kerana pandemik, Masterpiece pun mati.
 
"Walaupun saya tak punya wang seperti bulan ini yang telah lewat lebih 10 hari, janda janda itu tak peduli. Apa yang mereka tahu itu (wang) terus ada," katanya lagi.
 
Dhani yang turut memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan lamanya dengan Maia Estianty memberitahu kini Dul turut memainkan peranan membiayai keluarga mangsa kerana dia juga sudah punya pendapatan sendiri.
 
"Ada, ada satu keluarga yang dia biaya, lebihnya (5) saya," akui Dhani kepada Deddy.
 
Instagram: @duljaelani
Kredit Foto: Kompas

Artikel ini disiarkan di portal Gempak.com 

#Dul Jaelani#kemalangan kereta#tanggung keluarga
EPL: Guardiola sanjung tinggi barisan Manchester City

EPL: Guardiola sanjung tinggi barisan Manchester City

Walaupun City kini memiliki enam catatan bersih dalam lapan perlawanan liga musim ini, Guardiola mengakui pasukannya terpaksa berjuang bersungguh-sungguh.
AWANI Ringkas: Institusi pendidikan di Kedah, Kelantan bermula 31 Oktober

AWANI Ringkas: Institusi pendidikan di Kedah, Kelantan bermula 31 Oktober

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Solskjaer akui buat beberapa keputusan buruk

Solskjaer akui buat beberapa keputusan buruk

Kekalahan itu menyaksikan rekod The Red Devils dalam 29 perlawanan tanpa kalah EPL berkecai.
Ooopss! Anak terlupa kod selepas pasang kunci basikal di leher ibu

Ooopss! Anak terlupa kod selepas pasang kunci basikal di leher ibu

Alahailah anak, menguji sungguh perangai! Mujurlah tidak berbahaya, jika tidak menyesal tak sudah.
Salah pemain terbaik dunia - Klopp

Salah pemain terbaik dunia - Klopp

Salah memintas rekod Didier Drogba sebagai pemain Afrika yang paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah EPL.
Rugi RM13,310 diperdaya iklan pinjaman tidak wujud

Rugi RM13,310 diperdaya iklan pinjaman tidak wujud

Mangsa menghubungi seorang individu dikenali sebagai CK Leong dan memberitahu mahu membuat pinjaman sebanyak RM20,000.
Rentas negeri: Tak cukup dos vaksin, 6 kenderaan diarah patah balik

Rentas negeri: Tak cukup dos vaksin, 6 kenderaan diarah patah balik

Hanya pemandu dan penumpang yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan untuk merentas negeri sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Saifuddin adakan lawatan rasmi ke Indonesia selama empat hari

Saifuddin adakan lawatan rasmi ke Indonesia selama empat hari

Kunjungan tersebut menggambarkan hubungan erat dan komprehensif antara dua negara jiran.
Bukan warga Sarawak masih perlu mohon EnterSarawak - JPBN

Bukan warga Sarawak masih perlu mohon EnterSarawak - JPBN

Pengecualian arahan itu diberikan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.
Rentas negeri: Tempahan hotel meningkat 40 peratus - MAH

Rentas negeri: Tempahan hotel meningkat 40 peratus - MAH

Menurutnya, sebelum pembukaan rentas negeri, kadar tempahan bilik hotel sekitar 25 hingga 30 peratus.
Ahmad Dhani masih tanggung 6 janda yang suami maut dilanggar Dul Jaelani

Ahmad Dhani masih tanggung 6 janda yang suami maut dilanggar Dul Jaelani

Keluarga pemuzik, komposer dan penyanyi Ahmad Dhani pernah berdepan dengan mimpi ngeri apabila salah seorang anak lelakinya, Dul Jaelani terlibat dalam nahas jalanraya pada tahun 2013.
Anak lelaki Ahmad Dhani hampir menjadi mangsa gangguan seksual guru

Anak lelaki Ahmad Dhani hampir menjadi mangsa gangguan seksual guru

Kejadian itu berlaku, selepas dia dan guru lelaki itu selesai menonton perlawanan bola sepak semasa musim kejohanan World Cup beberapa tahun lalu.
Terima pengampunan, Ahmad Dhani bebas penjara bulan Ini

Terima pengampunan, Ahmad Dhani bebas penjara bulan Ini

Alhamdulillah ...
Lepas rindu, Mulan Jameela bawa dua anak jumpa Ahmad Dhani

Lepas rindu, Mulan Jameela bawa dua anak jumpa Ahmad Dhani

Penyanyi popular Indonesia, Mulan Jameela melawat suaminya, Ahad Dhani yang kini berada di dalam tahanan di sebuah penjara di Jakarta Timur.
Gara-gara gout Ahmad Dhani derita dalam penjara

Gara-gara gout Ahmad Dhani derita dalam penjara

Kerana penyakit gout kembali menyerang, artis terkenal Indonesia, Ahmad Dhani sukar berjalan dan dilaporkan sedang menderita dalam penjara.
Sedih! Rai hari lahir tanpa Ahmad Dhani

Sedih! Rai hari lahir tanpa Ahmad Dhani

Anak sulung penyanyi Ahmad Dhani melalui perkahwinannya Mulan Jameela, Shafeea Ahmad menyambut ulang tahunnya yang kelapan semalam.
Mama jangan sedih- nota Ahmad Dhani buat ibu

"Mama jangan sedih"- nota Ahmad Dhani buat ibu

Ahmad Dhani tulis surat buat ibunya minta bersabar dan tidak bersedih dengan apa yang berlaku pada dirinya.
Konsert Reunion Dewa 19 tanpa Ahmad Dhani

Konsert Reunion Dewa 19 tanpa Ahmad Dhani

Ketika semua anggota Dewa 19 berkumpul dan beraksi di atas pentas Stadium Malawati, Shah Alam, Ahmad Dhani pula terkurung di penjara.
Dul Jaelani ganti tempat Ahmad Dhani dalam konsert di Malaysia

Dul Jaelani ganti tempat Ahmad Dhani dalam konsert di Malaysia

Anak Ahmad Dhani ganti tempat bapa beraksi di Malaysia Sabtu ini.
Mulan Jameela tidak putus mendoakan Ahmad Dhani

Mulan Jameela tidak putus mendoakan Ahmad Dhani

Mulan Jameela yang akan setia memberi sokongan buat suaminya, pemuzik ternama Ahmad Dhani yang dipenjarakan.