Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sah bertunang

Asyraf Roslan
Jun 8, 2019 06:23 MYT
Aiman dan Zahirah sah bertunang. -Foto Instagram/AimanHakimRedza
SAMA cantik sama padan.
Itulah yang boleh digambarkan melalui gambar yang dimuat naik pelakon Aiman Hakim Redza di akaun Instagramnya.
Melalui gambar tersebut, Aiman, 30, memberitahu bahawa dia dan pelakon, Zahirah Macwilson sudah selamat bertunang.
“Engaged (Bertunang). Alhamdulillah, syukur,” tulis kapsyen ringkas Aiman.
Pengumuman tersebut bukan sahaja mendapat respons positif daripada peminat, malah dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti.
Zahirah, 24, pula berkongsi gambar cincin yang tersemat di jari manisnya di Intagram miliknya, sejam yang lepas.
BACA JUGA: Pereka fesyen terkenal Rizman pilih ahli perniagaan sebagai bakal isteri
BACA JUGA: Anak Najib bertunang dengan ahli politik muda Indonesia
Aiman dan Zahirah berganding bersama dalam drama "Curi-Curi Cinta" yang kini bersiaran di Astro Ria.
Tahniah daripada Astro AWANI.
#Aiman Hakim Redza #Australia #Instagram #Perth #rumah #tunang #ZahirAH #Zahirah MacWilson