Pernah dikecam kerana berbadan gempal selepas bersalin, Aishwarya Rai jarang tampil di khalayak ramai.

Bagaimanapun, dia membuat kemunculan istimewa pada majlis pengumuman acara Anugerah "Filmfare".

Ini merupakan pertama kali Aishwarya tidak disenaraikan sebagai calon sejak bergelar pelakon.

Sebagai insan yang terlibat secara langsung, isteri kepada Abishek Bachchan berbangga dengan pencapaian dunia Bollywood.

Penganjuran festival itu dijangka lebih meriah sempena ulangtahun ke seratus sinema India.

Ini merupakan penganjuran anugerah "Filmfare" yang ke-60.