TIDAK berapa lama dahulu, viral di media sosial tentang seorang wanita yang dikatakan memiliki wajah mirip allahyarham penyanyi Siti Sarah Raisuddin.
Dikenali sebagai Emy, wanita tersebut dijemput untuk memberi kejutan kepada bapa arwah iaitu Raisuddin Hamzah sempena sambutan hari jadinya, baru-baru ini.
Kejutan yang tidak disangka itu dirancang oleh isteri Raisuddin sendiri, Siti Fatimah Saberi.
“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni.
“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan kerana masing-masing sibuk. Sempena hari lahir, kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.
“Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah, terima kasih juga untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” tulisnya di TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Raisuddin yang terkesima melihat kemiripan wajah Emy yang ada iras wajah anaknya yang telah pergi ke negeri abadi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa sebak melihat interaksi antara Emy dan juga Raisuddin.
“Nak iras muka dan pakaian, ayah dia mula-mula pun terkejut. Tapi, kena reda arwah dah tak ada. Yang ada hanya seiras saja buat pengubat rindu.”
“Baca caption dah buat sebak sangat-sangat. I know how it feels bila kita rindu mereka yg dah tiada di dunia.”
Selain itu, netizen turut memerhatikan gelagat anak Sarah, iaitu Uwais yang turut terkejut melihat kehadiran Emy.
“Uwais duk pandang je wajah Emy. Allahuakbar, rindu seorang anak dan seorang bapa kepada anaknya,” tulisnya.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Wed Jun 01 2022
Dikenali sebagai Emy, wanita tersebut dijemput untuk memberi kejutan kepada bapa arwah iaitu Raisuddin Hamzah sempena sambutan hari jadinya baru-baru ini. - Foto Gempak/TikTok
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Akhirnya hajat Raisuddin jumpa 'kembar' arwah Siti Sarah tercapai
Dikenali sebagai Emy, wanita tersebut dijemput untuk memberi kejutan kepada bapa arwah iaitu Raisuddin Hamzah sempena sambutan hari jadinya baru-baru ini.
"Anak yang ditatang, diiqamat sejak hari pertama.. masih perit" - Luahan rindu bapa Siti Sarah
"Jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dulu sebelum anak. Tapi siapa kita untuk melawan takdir?"