HIBURAN

'Akhirnya mereka pun tumbang' - Anak Johan masuk hospital

Gempak 16/03/2018 | 12:00 MYT
Anak kepada pelawak dan penyampai radio ERA, Johan ditahan di wad.
ANAK kepada pelawak dan penyampai radio ERA, Johan ditahan di wad.
Berita itu diberitahu oleh Johan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
Turut disertakan juga satu foto yang merakamkan dua anaknya, Haziq dan Chantiq sedang nyenyak tidur di atas katil hospital sambil ditemani Johan.
Bagaimanapun, Johan tidak menyatakan punca anak-anak kesayangan ditahan di wad.
Menerusi posting IGnya sebelum ini, Haziq dan Chantiq pernah di bawa ke klinik empat hari lalu.

Memula dorg main 2 beradik lpas balik klinik, pastu papa dia tanya u guys dh solat ke? Abg haziq buat muka bersalah.. trus papa ckp kalau x solat apa jd? Abg haziq ckp nnt syaitan kacau kita.. so papa dia trus blah x layan.. abg haziq trus ajak adik solat.. dia bentang sejadah, dia siap pesan kat adik chantiq.. dgr ni chantiq! Abg imam so jgn laju2 ikot abg..

#anak #Chantiq #demam #Haziq #Hospital #Instagram #johan #sakit #wad