awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Alif boleh ambil mama malam ni?" - Nora kongsi perbualan akhir dengan arwah anak

Gempak
Gempak
19/12/2019
06:00 MYT
"Alif boleh ambil mama malam ni?" - Nora kongsi perbualan akhir dengan arwah anak
Allahyarham Alif, disifatkan Nora sebagai teman yang paling akrab dengannya.
Penyanyi terkenal, Nora Ariffin mengimbau detik kenangan bersama arwah anaknya, Alif sewaktu hayatnya.
Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 46, menerusi Instagram Story miliknya malam tadi.
"Setiap malam waktu-waktu begini, bila Alif ada di rumah, dialah yang akan menemani saya minum air sambil berborak. Masa kualiti untuk kami.
"Setelah Johan (Allahyarham Johan Nawawi) tak ada, Iman berkahwin dah tinggal berasingan. Alif lah yang menjadi anak lelaki di rumah. Bila dia habis kelas, dia mesti balik rumah.
"Dialah pendengar segala cerita, teman berbual, teman keluar jalan-jalan bersama adik-adik lain, penasihat, peminat, penyokong dan pengkritik saya," luahnya.
Bahkan, pelantun lagu Hanya Satu itu turut mencoretkan perbualan terakhirnya bersama Alif.
"Alif boleh ambil mama malam ni? 'Boleh..kenapa tak boleh pulak...'
"Jawapan terakhir Alif pada saya," tulisnya.

BACA: "Alif hantar ke airport pagi tadi" - Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya BACA: "Bedah siasat arwah Alif tiada yang pelik" - Nora Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya pada 14 Disember lalu.
Anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan rebah di rumahnya selepas pulang menghantar Nora ke lapangan terbang.
Nora sebelum ini kehilangan suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
Topic Berkaitan
#anak Nora Ariffin
#Johan Nawawi
#meninggal dunia
#Muhammad Syakir Alif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan