Salaman dan pelukan Muhammad Syakir Alif Johan yang diberikan pagi tadi masih dirasakan oleh penyanyi terkenal, Nora Ariffin.
Tidak pernah terlintas di fikirannya itu merupakan pertemuan terakhir dengan anaknya itu.
"Pagi tadi Alif hantar Nora ke airport. Dia nampak sangat okey. Alif peluk dan salam Nora macam biasa... sampai di Singapura dapat panggilan kata Alif sudah tiada... Allahuakbar," kata Nora sambil teresak-esak dalam telefon ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Nora sebelum itu menerima panggilan telefon daripada pembantu rumahnya memaklumkan Alif tidak sedar diri sebelum segera menghubungi ambulans.
BACA: Anak Nora Ariffin meninggal dunia
Muhammad Syakir Alif yang berusia 20 tahun meninggal dunia pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) .
Allahyarham yang juga penuntut jurusan perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah menyertai program nyanyian realiti terbitan sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
Nora ketika dihubungi sedang dalam perjalanan dari lapangan terbang menuju PPUM bagi menziarahi jenazah anaknya.
Kata penyanyi itu, dia tidak mendapat sebarang maklumat lanjut punca kematian anaknya itu.
"Saya dalam perjalanan ke PPUM, saya benar-benar buntu," kata Nora lagi.
Ketika ini, jenazah Alif berada di PPUM dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tunku, Petaling Jaya pada hari ini juga.
"Insya-Allah akan dikebumikan hari ini juga. Doakan saya supaya memperoleh kekuatan," kata Nora lagi.
Pada 24 Mac 2017, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin kehilangan suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama tanah air.
Saharudin Musthafa
Sat Dec 14 2019
Dalam tempoh dua tahun, Nora Ariffin diuji dengan pemergian suami dan anak keduanya. - Gambar Instagram NORA ARIFFIN
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Anak bekas pemain Piala Thomas meninggal dunia sehari sebelum Krismas
Lionel Yew Ming menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun, selepas bermain badminton di Bukit Jalil pada 24 Dis.
"Mama dan abah rindu dia" - Abby kongsi rakaman kasih sayang buat arwah anak
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D.
Jenazah Alif dikebumi esok selepas bedah siasat
Jenazah Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan yang juga anak kepada penyanyi ternama, Nora akan dikebumikan esok selepas solat Zohor.
"Alif hantar ke airport pagi tadi" - Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya
Pagi tadi, Allahyarham Alif menghantar ibunya, Nora ke lapangan terbang dan itu pertemuan terakhir dua beranak itu.