PENYANYI dan pelakon, Alif Satar mengakui pengalaman ibadah haji yang dilalui baru-baru ini ketika bermalam di Mina telah membuka matanya bahawa setiap orang adalah sama tidak kira pangkat dan darjat.

Malah kata Alif pengalaman seperti seorang gelandangan itu membuatkan semua rasa rendah diri dan buang rasa sombong sebagai manusia.

"Mengikut manasik haji Nabi SAW.. kami semua jamak takhir Maghrib Isyak dan bermabit sampai solat Subuh di Muzdalifah.
 

“Di sini, tidak kiralah bayar pakej ratus ribu, engkau berpangkat Tan Sri, artis yang orang sanjung hatta Mufti sekalipun, semua orang tidur di tepi jalan.
 
"Bila aku fikir, rupanya macam ini lah rasa orang ‘homeless’. Tak ada tempat mandi, lepas itu tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak prepare utk melontar).
 
"Aku gerenti, siapa datang buat haji insya-Allah rasa sombong takabbur tu mesti hilang," kongsinya di Instagram.
 
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya sedang tidur bersama jemaah lain di kawasan terbuka.
 
Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya itu, Alif memberitahu dia sudah dua malam tak mandi dan ke tandas.
 
“Tiada tempat mandi, tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak persediaan untuk melontar).
 
“Wallahi, walaupun masa ini dah dua malam tak mandi, tak pergi tandas, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas.
 
“Dengan berlapikkan ‘sleeping bag’ beratapkan langit bintang,” luahnya lagi.
 
Selain Alif, antara selebriti tempatan lain yang menunaikan haji adalah Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Lisdawati dan Faizal Tahir.  -- Gempak