KONSERT minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyampaikan Tegar nyanyian asal Datuk Seri Rossa, Noryn bagaimanapun menduduki tangga terakhir dengan peratusan markah sebanyak 55.25 peratus.
Sementara itu, kedudukan pertama bagi minggu kesembilan ini pula menjadi milik Jaclyn Victor dengan markah sebanyak 82.88 peratus.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza:
1. Jaclyn Victor ft Nadeera Zaini - All I Ask (82.88 peratus)
Datuk Ramli MS: “Sangat balance duet kamu, tajwid sama, ending sama, dinamik sama.”
2. Tomok ft Black - Tak Mungkin Berpaling (77.00 peratus)
Datuk Syafinaz: “Saya rasa Tomok memikirkan segalanya, awak nampak kesemua tentang persembahan ini di pentas, saya rasa mudah sebab awak kerja dengan BFF, energy vibe sama, awak tidak digelapkan oleh Black sebab semua orang tahu Black penyanyi bersuara tinggi, pada saya kedua-duanya cukup.”
3. Hady Mirza ft Shiha Zikir - Kamu Yang Ku Tunggu (73.25 peratus)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya rasa it is such a sweet perfomance, kita nampak ada connection dua insan bercinta, saya suka Hady walaupun dia menyanyi tinggi, dia boleh control rupa, muka, smile sweet, itu menunjukkan satu skill, overall saya tak cakap memukau tapi memuaskan.”
4. Nikki Palikat ft Ara Johari - Drama King (73.13 peratus)
Hetty Koes Endang: “Lagu apa pun yang kamu dapat Bunda yakin kamu akan buat yang terbaik, kamu orangnya penampilan yang sangat bagus. Tiada kesalahan malam ini, kamu bagus.”
Datuk Syafinaz Selamat: “Last week kamu shaky tetapi this week lebih baik, kamu beri konsep sangat baik, penyampaian kamu dan Ara sangat baik. Pada saya persembahan memuaskan.”
5. Liza Hanim ft Noraniza Idris - Hati Kama (72.75 peratus)
Hetty Koes Endang: “Bunda kasi 5M, menjiwai, mengalir seperti air, menyentuh hati, menggegar alam, menurut Bunda, complete complete complete, jaga kesihatan, kamu gebrek!”
6. Naqiu ft Hazama - Samar Bayangan (72.00 peratus)
Datuk Ramli MS: “Kenapa hari ini? Tak relax… Tak ada banyak sangat error, tak teruk sebab you ada partner, sorang work sorang tak work begitulah perumpamaannya but not that bad. You kena faham bila ada pasangan, awak beraksi, perbandingan pasti ada, not that bad but this is not your KPI.”
7. Siti Nordiana ft Amelina - Teringin (63.13 peratus)
Datuk Ramli MS: “Bila ambil second voice, dah tentu suara tinggi, kenapa mic tak jauh sikit? Duo dengan dengan duet lain tau, part dekat belakang tu save you a lot.”
8. Azharina ft Putera Muhammad - Ku Tak Bisa (63.00 peratus)
Hetty Koes Endang: “Lagunya note rata sahaja, tapi itulah bagaimana cara kamu mengulit lagu ini jadi lebih hebat, kamu menunjukkan emosi yang sangat baik, isi cerita kamu faham. Cukup serasi, tapi lebih baik lagi kalau ada jawab menjawab itu lebih bagus. Cuma ada over tone, diambil oleh Putera jadi kamu kaget. Peserta yang dinilai bukan Putera, jadi kamu harus lebih dominan. Hati-hati, dominan adalah peserta bukan rakan duet."
9. Aliff Aziz ft Zaki Yamani - Jampi (62.75 peratus)
Datuk Ramli MS: “Saya okay dengan persembahan ini yang bertungkus lumus, awak bagi dia kekuatan, ada benda yang sikit-sikit but the point kita still bagi yang sepatutnya.”
10. Noryn Aziz ft Dia Fadila - Tegar (55.25 peratus)
Datuk Syafinaz Selamat: “Yang pertama, saya suka overall look, tak nampak siapa lebih, nampak sama. Pada saya pembahagian part pun cantik, tak nampak lebih, yang saya nampak melodi lagu ini mencabar untuk dinyanyikan secara harmoni, terutamanya pada cord profession yang bertukar, anda berdua lakukan sangat baik. Kalau boleh mainkan sedikit dengan dinamik, kita akan dapat lebih rasa, tapi boleh rasa graft dia menaik dan energetik. Noryn boleh tak bila nyanyi muka jangan berkerut sebab awak dah lah cantik.”
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Tue Nov 21 2023
Konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz (kanan) diumumkan sebagai bintang yang tersingkir. - Foto Gempak
Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.
"..akan beli yang berwarna-warni, minuman potong kaki tu!" - YB Kluang
Ahli Parlimen Kluang, YB Wong Shu Qi menyatakan pandangan terhadap persepsi golongan B40 iaitu makanan sihat adalah mahal. Beliau menambah bahawa meraka yang pergi ke pasar malam terutamanya dengan kanak-kanak akan tertarik kepada minuman yang berwarna-warni.
Beliau juga mencadangkan KKM mempromosikan inisiatif iaitu menu makanan perlu disenaraikan bersama jumlah kalori.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau juga mencadangkan KKM mempromosikan inisiatif iaitu menu makanan perlu disenaraikan bersama jumlah kalori.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kadar duti eksais bagi minuman bergula dilaksanakan secara dua fasa
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly menjawab kepada soalan berkenaan program pelan strategik 'War of Sugar' yang sedang berjalan.
Justeru, beliau nyatakan bahawa kadar duti eksais bagi minuman bergula akan dan sedang dilaksanakan secara dua fasa iaitu untuk tahun 2024 dan 2025.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Justeru, beliau nyatakan bahawa kadar duti eksais bagi minuman bergula akan dan sedang dilaksanakan secara dua fasa iaitu untuk tahun 2024 dan 2025.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
[TERKINI] COP29: Perubahan iklim, pembiayaan kewangan dimudahkan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres menyeru pembiayaan kewangan yang dipermudahkan khususnya bagi negara-negara membangun dapat beradaptasi dengan perubahan iklim.
Ketika berucap merasmikan World Leaders’ Climate Action Summit di COP 29 yang berlangsung di baku sebentar tadi, guterres menggariskan lima matlamat kewangan yang perlu dilakukan segera.
Ketika berucap merasmikan World Leaders’ Climate Action Summit di COP 29 yang berlangsung di baku sebentar tadi, guterres menggariskan lima matlamat kewangan yang perlu dilakukan segera.
Bekalan tenaga mampan perkukuh pembangunan sosio-ekonomi Sabah
Sabah sedang menuju ke arah bekalan tenaga mencukupi serta memperkukuh pembangunan sosio-ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri itu.
Isu Palestin: Ketegasan PM Anwar beri harapan baharu kepada dunia Islam
Kenyataan Anwar yang tegas memperjuangkan hak rakyat Palestin di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, semalam memberi harapan baharu.
Sarawak tingkatkan perdagangan karbon, strategi perubahan iklim
Sarawak mengorak langkah melibatkan pihak swasta dalam inisiatif perdagangan karbon dan strategi perubahan iklim.
Era dan Hitz terus relevan jadi stesen nombor 1 Malaysia
Astro Radio kekal stesen radio nombor satu pilihan pendengar Malaysia selepas merekodkan hampir 15 juta pendengar setiap minggu.
Pencabulan Israel di Lubnan: PM Najib Mikati seru sokongan antarabangsa segera
Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati menegaskan bahawa Lubnan sedang menghadapi krisis luar biasa yang mengancam masa depannya.
Lelaki bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku sejak 2021
Polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
Azharina disahkan hidap kanser, bakal dibedah
Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan menghidap kanser, bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihidapinya.
Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.
All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.
All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor dedikasi hadiah kemenangan untuk anak-anak
Jaclyn berkata dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminat kelak tanpa perlu menggunakan wang kemenangan itu.
Juri sebulat suara memilih Jac untuk menang - Datuk Syafinaz
Syafinaz berkata keputusan mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara dibuat sebulat suara juri tetap ASGV.
All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Menurut Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.
All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.
Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.
All Stars Gegar Vaganza: Netizen petik dua nama untuk ramalan juara!
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.