KUALA LUMPUR: “Buat kalian yang keluar dari rumah untuk mencari apa pun yang kalian mau, kalian tuju, jangan lupa pulang ke rumah. Serius. Kerana ketika kalian punya semuanya, kalian punya wang, punya apa pun yang kalian tuju, itu tiada ertinya ketika kalian balik ke rumah ketemu orang tua, ketemu sahabat kalian, sama seperti kami pulang ke Kuala Lumpur.”
Itu pesan Fourtwnty lewat Ari Lesmana, vokalis yang tidak henti berpesan baik untuk dua malam berturut-turut di Zepp Kuala Lumpur.
Mereka ternyata hadir bukan hanya membawakan muzik, lirik mendalam Fourtwnty dan visual yang cukup menarik hasil kreativiti Vicko, tetapi juga menyambung siratulrahim dahulu lewat pesan-pesan baik di atas pentas.
Muncul sekitar 8.30 malam meleraikan resah sekitar 2,500 penonton setiap malam, jika di reviu ulang persembahan mereka, semuanya berbekal kata, momen dan kenangan yang sama. Yang baik-baik dan indah.
Pakej lengkap menarik mulai dari persembahan, vokal, instrumentasi, visual, sistem bunyi dan pencahayaan hinggalah ke imej dan komunikasi Fourtwnty di atas pentas.
Konsert dengan nama Heliotropisme yang dibawakan oleh Shiraz Projects ini bukan sekadar sebuah persembahan melepas vokal bersama-sama tetapi juga sebuah pertemanan sihat dengan kata-kata manis dan bermakna oleh Fourtwnty.
Bukan sekadar memuji tetapi rata-rata yang hadir malah berasa yang sama.
Kumpulan ini memulakan ‘gear’ persembahan dengan selawat dan kata-kata semangat ‘Fourtwnty sukses sampai mati’ di belakang pentas sebelum memulakan acara.
Penuh bersemangat dan antusias bertemu peminat yang sudah menunggu dengan debar dan beban rindu buat mereka.
Menariknya yang datang kemudian pulang tidak membawa beban perasaan. Semuanya lepas bebas bersama Fourtwnty yang membawakan sekitar 17 buah lagu yang semuanya dinyanyikan bersama-sama.
Tidak tertinggal satu pun termasuk lagu baharu mereka bertajuk Mangu. Nyanyi bareng kata orang Indonesia.
Usai persembahan mereka beramai-ramai berdoa penutup di belakang pentas dengan semua anak band, krew, tenaga produksi dan operasi malah pasukan pengawal keselamatan.
Teman Fourtwnty, Alfi mengakhiri malam kedua dengan bacaan doa yang cukup syahdu, mendoakan buat semua hingga mata Ari Lesmana bercahaya digenangi air mata dengan ditemani isteri tercinta di sebelahnya.
Semua punya reviu yang baik-baik tentang konsert ini. Ini kerana Fourtwnty itu berdiri di atas pentas membawakan pesanan dan doa baik buat semua.
Di luar pentas, kesemua anggota kumpulan ini cukup ramah, membumi, rendah diri dan tidak pernah lekang ucapan dengan kedua telapak tangan di dada, mengiringi ucapan terima kasih dari hati.
Kadang nampak cukup pemalu. Bukan dibuat-buat atau sekadar mengambil hati. Ikhlas dari raut wajah dan air muka mereka.
‘Berbeza’ naik ke atas pentas, merekalah yang beraja di pentas. ‘Alter-ego’ mereka meraja di atas pentas.
Aktif, menghiburkan dan penuh semangat terutamanya Ari dengan gayanya dan Primanda Ridho dengan ketukan dram dan drum padnya.
Alter-ego mereka di atas pentas merubah mereka menjadi ‘liar’ dan penuh energi.
Lagu, visual dan showmanship di sinergi sama membuatkan setiap lagu mereka mengandungi erti buat semua mata dan jiwa yang menonton. Hadir dan sampai tepat. Cukup organik.
Fourtwnty pernah mengaku terjebak masalah ego satu ketika dahulu. Menariknya ego ini ditukarkan menjadi proses bermuzik mereka sehinggalah terhasilnya album kedua yang mengusung tajuk Ego & Fungsi Otak.
Namun ego yang dibawakan atas pesan ini menarik kerana mungkin antara sedar atau tidak, mereka punya pengaruh yang besar buat peminat mereka terutamanya yang masih mentah mengena sepak terajang dunia, yang masih muda mengenal erti sakit dan patah hati yang sebenar.
Platform pentas digunakan sepenuhnya untuk ditebarkan pesona mereka lewat lagu dan pesanan yang baik.
Jauh sekali untuk mereka memberontak rasa atau meluah jiwa dengan energi yang negatif atas lesen rockstar atau penghibur yang mampu membuat sold out di Zepp Kuala Lumpur untuk dua malam berturut-turut.
Senyuman, doa dan pesanan baik ini bertali arus di atas pentas.
Pemberontakan jiwa mungkin hanya melalui lirik atas pemberitahuan bahawa dunia ini begini, begitu. Dunia ini penuh dengan warna hitam dan putih, dunia ini tempat kusut jatuh dan putus cinta.
Lewat lagu juga mereka memberi pesan tentang menghadapi hari tua dan bagaimana memperoleh tenang. Tiada luahan benci atau ludahan sakit jiwa mengiringi persembahan mereka. Cukup manis dan positif.
Malah Ari sempat berpesan manis: “Jika tidak suka sesuatu, cukup simpan dalam hati atau skip saja.”
Pesan ringkas tetapi padat mengena dengan fenomena dan keadaan sosial zaman sekarang.
Semoga pesan-pesan dan doa manis ini dibawakan terus untuk masa-masa akan datang.
Doa peminat Malaysia pastinya, agar mereka datang lagi dengan lagu beserta bait indah untuk terus beraja atas nama pesona Fourtwnty di hati. Manis dan indah.
Opie Sofia
Tue Oct 04 2022
Pada malam persembahan tempoh hari, Ari berpesan manis: -Jika tidak suka sesuatu, cukup simpan dalam hati atau skip saja.- - Gambar SHIRAZ PROJECTS
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
'Alter-ego' Fourtwnty dan pesona pesanan pentas
Konsert Heliotropisme bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi juga sebuah pertemanan sihat dengan kata-kata manis dan bermakna oleh Fourtwnty.