awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Altimet simpan hasrat tembusi pasaran muzik Indonesia

Gempak
Gempak
11/05/2016
08:18 MYT
Altimet simpan hasrat tembusi pasaran muzik Indonesia
Altimet merancang untuk berkolaborasi dengan nama yang cukup besar di Indonesia sebagai salah satu strategi utamanya. - Foto Instagram Altimet
PENYANYI rap, Altimet berhasrat untuk menembusi pasaran muzik Indonesia selepas kejayaan dijemput mengadakan persembahan di Festival South By South West (SXSW) di Austin, Texas. Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman berkata, Indonesia memiliki pasaran muat turun muzik telefon pintar terbesar di dunia dan pengaruh muziknya sangat besar. “Hasrat saya sebenarnya adalah untuk menembusi pasaran muzik di Indonesia, bukan Amerika Syarikat. Pasaran negara seberang juga lebih besar. "Saya mengaku meletakkan sasaran tinggi walaupun saya sedar ia agak sukar. Saya tak tahu bagaimana nak melakukannya tapi macam mana pun saya akan cuba juga," katanya kepada Astro Gempak. Menurut Altimet, faktor bahasa dan perkembangan muzik di Indonesia juga antara faktor utama dia sangat berminat untuk menembusi pasaran mereka. “Pengaruh muzik di Indonesia sangat besar, bayangkan kalau anda mahu muzik dimainkan di stesen radio di sana, anda perlu bayar mereka. Satu perbelanjaan yang besar, tetapi bukan alasan untuk tidak meneruskan visi dan misi saya,” ujarnya. Tambahnya lagi, dia merancang untuk berkolaborasi dengan nama yang cukup besar di Indonesia sebagai salah satu strategi utamanya. “Insya-Allah saya akan adakan kolaborasi dengan penyanyi terkenal di Indonesia tetapi masih belum dedahkan siapa. Ia antara perancangan utama saya untuk cuba memperkenalkan muzik dan nama Altimet di sana,” katanya. Dalam pada itu, Altimet turut berkongsi pengalaman mengadakan persembahan dengan kumpulan The Kawan Band di festival SXSW iaitu The Kawan Band pada bulan Mac yang lalu. “Satu pengalaman baru sebab kami diberi penghormatan untuk memperkenalkan muzik daripada Malaysia. Persembahan Altimet & The Kawan Band mendapat respon positif daripada peminat muzik di sana yang kagum dengan keunikan muzik yang dibawakan. “Insya-Allah dalam masa terdekat Altimet & The Kawan Band bakal muncul dengan sebuah album yang dirakam secara live khas untuk peminat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Altimet
#Amerika Syarikat
#Austin
#muat turun muzik
#pasaran Indonesia
#rap
#SXSW
#Texas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan