awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amalina versi Tamil: Ditonton lebih 2 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2018
03:25 MYT
Amalina versi Tamil: Ditonton lebih 2 juta
Santesh Kumar.
SANTESH Kumar merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik nama dalam industri muzik tanah air.
Dia yang popular dengan single Amalina tidak menjangkakan lagu itu mendapat sambutan luar biasa.
Selepas single Amalina versi Bahasa Melayu, kini, dia muncul pula dengan Amalina versi Tamil.
Lebih menarik lagi, kedua versi ini mempunyai kesinambungan kisah percintaan berbilang bangsa.
Muzik Video (MV) ini telah meraih tontonan sebanyak 2,452,090 tontonan setelah dimuatnaik sejak 8 Oktober lalu di YouTube.
Selain itu MV Amalina versi Bahasa Melayu ini telah dimuatnaik di laman YouTube sejak 27 Ogos lalu terkini juga telah mendapat 14,364,915 tontonan.
Perkara itu dimuatnaik di Instagram (IG) miliknya, beberapa hari lalu.
"Terima kasih semua rakyat Malaysia.. saya merasa sangat teruja dengan jumlah tontonan music video #amalina di YouTube. Sampai hari ini sudah mencecah 14,364,915. Wau! Jumlah yang sangat fantastik bagi diri saya untuk diterima dalam industri hiburan tempatan ini.
"Jauh di lubuk hati saya, ingin mengucapkan terima kasih. Harap terus menyebarkan video muzik yang indah ini sehingga MV ini dapat memecahkan Malaysia Book of Records (MBOR)," tulisnya.
Ramai bersetuju dan bangga dengan kepelbagaian bangsa yang dipaparkan dalam visual MV Amalina ini.
Memang tidak dapat dinafikan lagu Amalina ini telah berjaya mempengaruhi minda netizen.
Apa yang menarik perhatian, MV Amalina ini mengetengahkan percintaan berlainan bangsa dan mempunyai beberapa bahagian sambungan kisah.
Apa yang dilakukan oleh Santesh itu mendapat pujian netizen.
"Terbaiklah! India + Malayu + Cina = Malaysia, " tulis Best For Ever
"Terbaiklah Santesh. Kami sayang kamu. Lakonan juga terbaik. Lagu seterusnya versi Bahasa Cina pula. Amalina, Amalina," tulis Ai Wahida
"Tak kira bangsa...ramai orang yang baik. Aku orang India... tapi suka dan hormat orang Melayu dan Cina....juga semua suku lain. Lebih ramai orang Melayu yang baik, sopan dan beradat dari yang jahat! Yang jahat memang ada... yang makan dedak orang orang politik! Tapi cuma satu peratus. Saya sayang Malaysia," tulis Steve Thorn.
"Terasa nak belajar bahasa tamil pulak. 1Malaysia," tulis kloverx muffin.
Topic Berkaitan
#Amalina
#industri muzik
#penyanyi
#Santesh Kumar
#versi Bahasa Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan