Pelakon Rita Rudaini memberitahu anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 6, pernah menyuarakan hasrat agar dirinya berkahwin lagi.
“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu.
“Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian.
“Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain.
“Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa,” katanya.
Selain meminta peminat terus mendoakan yang baik-baik buat dirinya, Rita turut menegaskan hatinya masih belum terbuka untuk mencari suami.
“Bagaimanapun jika Allah sudah takdirkan saya akan berkahwin lagi, saya akan terimanya asalkan lelaki itu boleh terima saya dan anak-anak.
“Yang penting juga lelaki itu boleh menyayangi anak-anak saya lebih daripada dirinya dan dapat membimbing kami,” ujarnya.
Dalam pada itu tambah Rita, dia tetap akan membawa anak-anaknya keluar beriadah ataupun menonton wayang mengikut permintaan mereka.
“Saya juga merancang mahu membawa mereka bercuti ke Melbourne, Australia, bulan Jun tahun hadapan kerana ketika itu musim salji di sana.
“Selalunya saya akan bawa mereka bercuti pada hujung tahun setiap tahun, namun kali ini tidak berkesempatan kerana sibuk menguruskan pelancaran minyak wangi dan menguruskan kafe.
“Oleh itu, saya mencari juga waktu cuti sekolah yang boleh membawa mereka untuk bercuti dan dalam masa sama tempat itu sedang mengalami musim salji, kerana itu yang dimahukan anak-anak,” katanya. - Olahan Semula: Hafiza Kamarudin (Sumber: Sinar Harian)
Gempak
Sat Jan 02 2016
Selain meminta peminat terus mendoakan yang baik-baik buat dirinya, Rita turut menegaskan hatinya masih belum terbuka untuk mencari suami. - Foto Astro GEMPAK
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
"Pedulikan cemuhan"- Rita Rudaini bangga anak dapat anugerah Pengetua MRSM
Rita Rudaini bersyukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang berjaya memperoleh Anugerah Pengetua MRSM.
Masih tergilakan Aidil Zafuan? Ini jawapan Rita Rudaini
"Saya bukan serik, cuma belum terfikir untuk kembali berumah tangga," kata Rita Rudaini.
'Mummy sebak, tengok Daddy orang lain pujuk dan peluk dia...' - Rita Rudaini
Allah Rayyan... Sedihnya bila tengok dia menangis.
Anak minta 'daddy baru, ini respon Rita Rudaini
Pelakon Rita Rudaini mendedahkan permintaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang menginginkan ayah baru bagi menggantikan tempat Aidil Zafuan.