awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anita Sarawak sihat walafiat, baik-baik sahaja - Noor Kumalasari

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2015
08:22 MYT
Anita Sarawak sihat walafiat, baik-baik sahaja - Noor Kumalasari
'Kak Nita sihat walafiat. Dia dalam keadaan baik-baik sahaja.' - Noor Kumalasari. -Gambar fail
Setelah dua bulan tanpa sebarang berita, Noor Kumalasari berkongsi bahawa kakaknya penyanyi terkenal Anita Sarawak dalam keadaan sihat.
“Kak Nita sihat walafiat. Dia dalam keadaan baik-baik sahaja. Tidak ada apa-apa. Alhamdullilah, syukur kakak saya sihat. Saya pun tahu daripada adik yang dihubungi Kak Nita pada 19 Mei lalu.
“Itu pun Kak Nita telefon untuk ucap selamat hari jadi kepada Noor Jumaatun (adik). Sebelum ini, memang kami bimbang kerana dia sudah lama tidak menelefon. Sekarang, saya sudah lega kerana sudah mengetahui keadaannya,” kata Noor Kumalasari kepada Utusan Malaysia menerusi WhatsApp.
BACA: Perbualan terakhir pada Mac, Noorkumalasari risaukan Anita Sarawak
Noorkumalasari Mohd Taib sebelum ini mengakui bimbang akan keadaan kakaknya yang sudah dua bulan tidak menghubunginya.
Dalam portal Singapura, The New Paper melaporkan pada Selasa kali terakhir Anita dihubungi adalah pada Mac lalu dan percubaan untuk berbuat demikian sehingga sekarang gagal.
Kata Noorkumalasari, kebiasaannya Anita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib akan menghubunginya pada setiap kali hari jadinya yang jatuh pada bulan April, namun kali ini tiada menerima panggilan telefon dari kakaknya itu.
“Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.
Topic Berkaitan
#Anita Sarawak
#Noor Jumaatun
#Noor Kumalasari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan