awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah The BrandLaureate untuk Dayang Nurfaizah

Gempak
Gempak
31/08/2017
03:25 MYT
Anugerah The BrandLaureate untuk Dayang Nurfaizah
DAYANG: "Sebagai penggiat seni sudah tentu saya berasa bangga dengan anugerah yang diberikan, bersama dengan ikon dalam bidang-bidang lain."
THE BrandLaureate Brand ICON Leadership Awards 2017 memberikan anugerah The BarandLaureate Grand Master Brand ICON Leadership Award kepada penyanyi, Dayang Nurfaizah atas pencapaian diperoleh dalam industri muzik tempatan.
Dayang menerima anugerah dalam kategori terbabit bersama beberapa lagi ikon negara antaranya Penerbit dan Komposer Datuk Wah Idris, Pemain viola; Dr. Joanne Yoeh, Pemenang acara 100 meter Sukan Sea, Khairul Hafiz Jantan, atlet penerjun negara Cheong Jun Hoong dan pemain bowling negara, Shalin Zulkifli.
Ditemui selepas menerima anugerah itu Dayang menyifatkan anugerah yang diberikan sebagai satu penghargaan atas kejayaan diraih dalam industri muzik tempatan kebelakangan ini.
"Sebagai penggiat seni sudah tentu saya berasa bangga dengan anugerah yang diberikan, bersama dengan ikon dalam bidang-bidang lain.
"Penganjur melihat penggiat seni seperti saya juga mampu menyumbang dalam membina jenama sesuai tema majlis tahun ini Ikon-Signifikan Kehidupan," katanya.
Kata Dayang lagi, dia difahamkan mereka yang menerima anugerah berprestij ini dinilai menerusi inovatif ditampilkan dalam meletakkan kerjaya ke tahap tertinggi dan membina jenama.
"Penganjur menyatakan mereka yang menerima anugerah dalam setiap kategori dianggap ikon kerana memiliki kekuatan dan berani untuk melangkah jauh," katanya.
Dayang menerima anugerah yang dianjurkan Asia Pacific Brands Foundation (APBF) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Topic Berkaitan
#anugerah
#bakat
#BrandLaureate
#Dayang Nurfaizah
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan